Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan



​Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Februari. - Negara Brunei Darussalam akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36, Tahun 1441 / 2020 pada 23 Februari 2020 dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan Tahun ini ialah 'Menjayakan Wawasan Negara'.

 


Sehubungan itu, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 1441H/2020M akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada petang Sabtu malam Ahad, 28 Jamadilakhir 1441 bersamaan 22 Februari 2020 mulai jam 5.45 petang.


 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara pada petang Sabtu malam Ahad, 28 Jamadilakhir 1441 bersamaan 22 Februari 2020 mulai jam 5.45 petang dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan beberapa masjid tumpuan yang lain iaitu seperti berikut:

 


Bagi Daerah Brunei dan Muara di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong; Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Amerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 


Manakala bagi Daerah Belait di Masijd Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

 


Sementara bagi Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

 


Close