Manage PermissionsManage Permissions

Mangsa kebakaran terima sumbangan derma



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Mac. - Sejumlah BND10,019 dihulurkan oleh Dewan Perniagaan Cina kepada Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama yang lalu.

 

Majlis penyerahan sumbangan derma yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) itu disampaikan oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina (Chinese Chambers of Commerce), Malcolm Lim kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama.

 

Turut hadir menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

 

Dengan adanya sumbangan derma itu diharap akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga mangsa yang ditimpa musibah kebakaran yang lalu.

 


Close