Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 Relief Fund kumpul BND1,003,947.69



‚ÄčOleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac. - Sebanyak BND1,003,947.69 jumlah dikumpulkan menerusi COVID-19 Relief Fund setakat jam 5.30 petang, hari ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah mengongsikan perkara tersebut pada Sidang Media yang diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

 

"Untuk makluman orang ramai, dana ini akan digunakan untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak COVID-19 di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan adalah diberikan kuasa untuk membelanjakan dana berkenaan mengikut kesesuaian dan bagi mempercepatkan proses perolehan," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam masa yang sama, jelas Yang Berhormat lagi, dana tersebut akan diaudit oleh Jabatan Audit, JPM bagi memastikan dana berkenaan tidak digunakan bagi keperluan lain.



Close