Manage PermissionsManage Permissions

Selamat meluaran seorang Putera







BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Mei. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, isteri kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala telah selamat meluaran seorang Putera pada Jumaat, 28 Ramadan 1441 bersamaan 22 Mei 2020, jam 10.44 pagi.

 


Sempena dengan meluaran ini, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.




Close