Manage PermissionsManage Permissions

Kerjasama orang ramai amat diperlukan!



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




BERAKAS, Jumaat, 22 Mei. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar sekali lagi menggesa kerjasama orang ramai dalam penggunaan aplikasi BruHealth juga mengimbas Kod QR yang diperlukan di tempat keluar masuk premis.

 


Setakat ini, sejumlah 188,261 orang ramai, menurut Yang Berhormat, mendaftar sebagai pengguna aplikasi BruHealth dan 3,056 syarikat dan premis pula mendaftar bersama aplikasi tersebut.

 


Pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat, seterusnya mengingatkan orang ramai yang belum mendaftar adalah disyorkan untuk memuat turun dan mendaftar ke aplikasi berkenaan.

 


Bagi restoran-restoran yang memberikan perkhidmatan 'take-away', satu ciri baharu, jelasnya, diperkenalkan, di mana Kod QR berasingan bagi pelanggan 'take-away' boleh dibuat bagi premis yang sama, melalui 'www.healthinfo.gov.bn/register'.

 


Oleh yang demikian, Yang Berhormat menekankan sekali lagi kerjasama orang ramai dalam penggunaan aplikasi tersebut juga mengimbas Kod QR di tempat keluar masuk premis adalah diperlukan kerana ia sedikit sebanyak memastikan keselamatan orang ramai, termasuk penjual dan pelanggan terjamin.


 

Pada masa yang sama, ia, tegas Yang Berhormat, memudahkan Kementerian Kesihatan untuk membuat 'contact tracing' sekiranya ada penularan jangkitan berlaku.

 


Justeru itu, Yang Berhormat menegaskan kepada pemilik premis dan peniaga-peniaga hendaklah memastikan orang ramai untuk mengimbas kod sebelum masuk ke dalam premis dan menegah mereka yang mempunyai kod merah, biru atau ungu untuk tidak memasuki premis mereka.

 


"Sama-samalah kita saling ingat mengingati demi keselamatan kesihatan bersama," ujarnya lagi.



Close