Manage PermissionsManage Permissions

‘Runners’ tidak patuhi garis panduan boleh diambil tindakan!



​Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 



 

BERAKAS, Jumaat, 22 Mei. - Berikutan dengan laporan yang diterima, Kementerian Kesihatan mendapati beberapa 'runners' yang masih tidak mematuhi garis panduan bagi 'runners' yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.



Ini termasuklah tidak memakai sungkup muka (face mask), 'gloves', Personal Protection Equipment (PPE), iaitu apron, 'rain coat' atau ponco semasa mengendalikan barangan.

 


Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menekankan mengenai perkara tersebut pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.


 

Oleh itu, Yang Berhormat mengingatkan, sesiapa yang didapati tidak mengikuti garis panduan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang, di samping membatalkan kebenaran permit mereka.


 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth atau 'healthinfo.gov.bn'.

 



Close