Manage PermissionsManage Permissions

JIS rasmi menjadi Sekolah Latihan COBIS



​Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Antarabangsa Jerudong

 



 

JERUDONG, Isnin, 29 Jun. - Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa JIS terpilih sebagai salah sebuah daripada tujuh sekolah yang akan menyertai kohort The Council of British International Schools (COBIS) untuk Tahun 2020 / 2021.

 


Sekolah Latihan COBIS akan menyediakan latihan awal bagi para guru untuk terus berkembang dalam tenaga kerja pengajaran global, menjadi hab serantau untuk 'hosting', membolehkan rangkaian pembelajaran profesional serantau, sekali gus menjadi platform untuk berkongsi dan menjadi contoh amalan terbaik dalam rangkaian pengajaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

 


The International Initial Teacher Training (ITT) akan disampaikan oleh semua Sekolah Latihan COBIS dengan kerjasama daripada pelbagai penyedia ITT, termasuk Rakan Penyedia COBIS ITT.

 


Seperti yang disarankan oleh Kajian 'Teacher Supply in British International Schools' oleh COBIS pada Tahun 2018, sekolah-sekolah antarabangsa berperanan besar dalam melatih para guru di kawasan mereka untuk meneruskan pertumbuhan tenaga kerja guru global.

 


Pada bulan Mei 2019, COBIS mengumumkan kumpulan pertama mereka daripada 11 buah Sekolah Latihan COBIS dengan lebih daripada 280 guru baharu dengan kelayakan yang diiktiraf di United Kingdom dalam tempoh tiga tahun dari 2017 - 2020.


 

Menurut Pengetua JIS, Nicholas Sheehan, ia menjadi penghormatan kepada JIS kerana terpilih sebagai sekolah dalam memberikan latihan kepada para guru dan menjadi pengiktirafan antarabangsa yang lebih lanjut dalam kecemerlangan pendidikan yang bukan hanya untuk pelajar, tetapi juga untuk para guru.



Close