Manage PermissionsManage Permissions

Bantu sumbang keperluan pembelajaran, pakej kesihatan kawal COVID-19



‚ÄčOleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Jun. - Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat mengikut garis pandu yang ditetapkan dan memenuhi keperluan pelajar-pelajar, khususnya yang kurang berkemampuan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi melancarkan Program Infaq Tarbiah Khas COVID-19 Persekolahan Arab dan Ugama.

 

Program tersebut diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, KHEU yang dibukakan kepada orang awam, termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor-sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan bagi sama-sama menyumbangkan barang-barang keperluan pembelajaran dan pakej kesihatan dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada program tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Acara dimulakan dengan penerimaan sumbangan daripada program tersebut, yang disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Mubashar Khokhar, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Norfarizal bin Othman, Pengarah Ezy Printing Service & Trading Company Sdn. Bhd., Dato Tiong Ing Ping dan Pengarah Urusan Samima Sendirian Berhad, Haji Hidayathullah bin Haji Tajudeen.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU serta Pegawai-pegawai Kanan dari KHEU.



Close