Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Tiada kes baharu, 212 sampel diuji



​Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Julai. - Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal kepada 141 orang.

 

Melalui siaran akhbar mengenai Situasi Terkini bagi Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam turut memaklumkan bahawa seramai 407 orang masih menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 3,160 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak bulan Mac 2020.

 

Seterusnya, sebanyak 212 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dalam tempoh 24 jam lalu dan 34,089 jumlah ujian makmal secara keseluruhan dijalankan sejak Januari 2020.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai bolehlah melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi 'healthinfo.gov.bn'.




Close