Manage PermissionsManage Permissions

Isu pengurusan sisa dibincangkan



​Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Julai. - Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari dan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon telah menghadiri 'Joint Dialogue on Waste Management in the context of COVID-19' anjuran Sekretariat ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA).

 

Dialog dalam talian tersebut adalah susulan daripada resolusi yang telah diluluskan semasa Perhimpunan Agung AIPA Ke-40 di Bangkok, Thailand pada tahun 2019 bagi AIPA dan ERIA menubuhkan kerjasama dua hala dalam menyokong pengurusan sisa ke arah pembangunan lestari (waste management for sustainable development).

 

Objektif utama dialog ialah bagi ahli-ahli parlimen dan pakar berkaitan membincangkan isu-isu pengurusan sisa dalam konteks jangkitan wabak COVID-19 dan kaedah berkesan dalam pengurusan sisa demi untuk mengurangkan penularan wabak dalam kalangan masyarakat.

 

Selain itu, dialog tersebut diharapkan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu semasa dalam pengurusan sisa termasuk sisa pepejal dan sisa perubatan dan klinikal di rantau ASEAN yang dilihat semakin meningkat disebabkan oleh penularan jangkitan wabak COVID-19. Justeru dengan sokongan daripada ahli-ahli parlimen terhadap kerajaan adalah penting untuk meningkatkan 'Green Economy' bagi kawalan sisa-sisa buangan terutama sekali semasa situasi pandemik COVID-19 kerana disebabkan pandemik ini rata-rata negara-negara ASEAN menghadapi peningkatan peratus sisa buangan yang menjadi cabaran utama.

 

Turut mewakili MMN ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar dan Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

 

Dialog dalam talian tersebut telah diadakan di Bangunan Dewan Majlis. Juga hadir menyaksikan ialah Ahli-ahli MMN. Dialog tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden ERIA, Profesor Hidetoshi Nishimura dan seterusnya diikuti dengan ucapan pembukaan daripada Setiausaha Agung AIPA, Puan Nguyen Tuong Van.

 

Antara agenda utama dialog ialah keterangan dan taklimat daripada beberapa orang pakar iaitu Profesor Institut Teknologi Bandung, Dr. Enri Damanhuri, Senior Economist Economic Research Institute for ASEAN and East Asia, Mr. Michikazu Kojima dan Profesor Jeffery Sachs Center on Sustainable Development, Sunway University and High Level End Foreign Expert, Ministry of Science and Technology, China, Dr. Agamuthu Periathamby.

 

Dialog diakhiri dengan sesi soal jawab di antara para peserta dan juga ahli panel dan seterusnya ucapan penutup oleh Profesor Hidetoshi Nishimura.




Close