Manage PermissionsManage Permissions

Serah terima tugas Pemerintah TDDB



​Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan

 




BERAKAS GARISON, Jumaat, 31 Julai. - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Mantan Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dan Pemerintah TDDB yang baharu, iaitu Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison pada Khamis, 30 Julai 2020.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Komandan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar TDDB dan anggota TDDB.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB. Acara diteruskan lagi dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TDDB serta penyerahan Tongkat Kepimpinan Pemerintah TDDB di antara Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dengan Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, yang melambangkan penyerahan tugas sebagai Pemerintah TDDB secara rasmi. Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi turut menyampaikan ucapan selaku Pemerintah TDDB yang baharu dan Pemerintah TDDB yang ke-11.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison dan penyampaian cenderahati kepada Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh dan penandatanganan lembaran kenangan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup yang diketuai oleh Pegawai dari Jabatan Agama ABDB (JAMAAT), Leftenan Mohammad Farid bin Mohammad Raffi.




Close