Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Tiada kes baharu



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Ogos. - Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai Status Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), setakat jam 12.00 tengah hari, alhamdulillah dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua, tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di NBD kekal 141 orang.

 

Melalui Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, dimaklumkan bahawa seramai 497 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori. Seramai 3,797 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak bulan Mac 2020 lalu.

 

Seterusnya, Kementerian Kesihatan turut mencatatkan sebanyak 180 sampel Ujian Virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dalam tempoh 24 jam lalu, di mana membawa jumlah ujian makmal secara keseluruhan yang dijalankan sejak Januari 2020 adalah sebanyak 40,843 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi 'healthinfo.gov.bn'.




Close