Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 1 kes masih dirawat, 570 jalani pengasingan diri



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Ogos. - Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan kes baharu COVID-19 hari ini, jumlah keseluruhan kes penyakit tersebut masih kekal seramai 142 orang sementara satu kes masih lagi aktif.

 

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai Situasi Terkini Penyakit COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, tidak ada kes aktif dilaporkan dan kes yang sembuh masih kekal 138 orang.

 

Manakala jumlah mereka yang menjalani pengasingan diri mandatori seramai 570 orang dan jumlah keseluruhan mereka yang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak bulan Mac 2020 pula adalah seramai 4,018 orang.

 

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah ujian SARS-CoV-2 yang dijalankan adalah sebanyak 293 sampel manakala jumlah keseluruhan ujian makmal SARS-CoV-2 sejak bulan Januari 2020 adalah sebanyak 43,983 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan di 'www.moh.gov.bn' atau hubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi 'healthinfo.gov.bn'.




Close