Manage PermissionsManage Permissions

Bantuan kewangan kerajaan buat mangsa kebakaran Kampung Subok



​Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pembangunan Masyarakat

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Ogos. - Dalam membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bencana kebakaran di Kampung Subok pada 7 Ogos lalu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menyerahkan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa di majlis penyerahan, di Bilik Kunjungan, KKBS, di sini.

 

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada ketua keluarga, Dayang Tiah binti Haji Yussof, yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

 

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh para pegawai JAPEM.




Close