Manage PermissionsManage Permissions

Perasmian Minimart Kowira Berakas Garison



​Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan

 




BERAKAS GARISON, Isnin, 10 Ogos. - Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA DTB) telah merasmikan menaiktarafkan Kedai Runcit Kowira Cawangan Berakas Garison kepada Minimart Kowira Berakas Garison.

 

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh pemegang saham penuh KOWIRA DTB, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud serta Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA DTB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Turut hadir pada majlis tersebut Pemerintah-pemerintah Tentera dan Badan Ahli Lembaga Pengarah KOWIRA DTB.

 

Selain daripada menaiktarafkan nama, 'rebranding' tersebut termasuk reka bentuk dan konsep warna Minimart KOWIRA DTB. 'Rebranding' ini menandakan satu perkembangan baharu dalam usaha KOWIRA DTB untuk memperkembangkan perniagaan yang lebih berdaya saing dengan persekitaran yang kondusif sekali gus bertujuan untuk mengukuhkan pendapatan KOWIRA DTB serta menjadikannya sebagai satu destinasi pilihan pelanggan dan pengguna.




Close