Manage PermissionsManage Permissions

Sumbangan buku untuk saudara baharu



‚ÄčOleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Ihsan Al-Huffaz Management

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Ogos. - Program Berwaqaf Ilmu kepada Muallaf yang dikelolakan oleh Al-Huffaz Management, memberikan peluang kepada orang ramai untuk berwakaf kepada saudara-saudara Islam baharu, khasnya di Negara Brunei Darussalam.

 

Program tersebut berlangsung selama enam hari dari 20 Mei hingga 25 Mei 2020 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

 

Sehubungan itu, sebanyak 10 set buku Muallaf Keluarga; enam set buku Muallaf Lelaki; lima set buku Muallaf Perempuan; dan 20 buku amalan sepanjang hayat, berjumlah lebih daripada BND700, diwakafkan pada Majlis Penyerahan Waqaf Buku-buku Ilmu, di Bilik Kuliah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), di sini.

 

Majlis diisikan dengan penyerahan wakaf, diserahkan oleh Pengasas Al-Huffaz Management, Awang Haji Mohd. Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan kepada Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar, yang kemudiannya menyampaikan wakaf berkenaan kepada Naib Yang Di-Pertua Belia Asy-Syahadah.

 

Awang Haji Mohd. Loqman Al-Hakim semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei berharap agar ilmu-ilmu yang dipelajari daripada buku berkenaan bermanfaat bagi para mualaf yang membacanya, dan berdoa supaya program berkenaan dapat menginspirasikan orang ramai untuk sama-sama mewakafkan ilmu.




Close