Manage PermissionsManage Permissions

Jadikan perancangan strategik sebagai 'guiding principle'



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 September. - Tidak diragukan lagi melalui Rancangan Kemajuan Negara (RKN), beberapa pencapaian telahpun dinikmati.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bertitah, telah tiba masanya untuk kita melangkah lebih ke hadapan bagi melakukan pembaharuan-pembaharuan, sebagai kesinambungan di antara proses perancangan dan pemilihan projek.

 

Ini juga, titah baginda, kita anggap sebagai perancangan strategik, yang disejajarkan sebagai 'guiding principle' bagi memudahkan setiap agensi merancang dan menyediakan projek dengan lebih teratur.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bertitah demikian, semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi RKN Kali Pertama bagi Tahun 2020, di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Jelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dengan cara tersebut, akan mengukuhkan lagi kerjasama di antara setiap agensi yang berkepentingan, sama ada dalam kalangan sektor kerajaan mahupun sektor swasta, termasuk Government Link Company (GLCs), Public Private Partnership (PPP) juga Pelabur Langsung Asing.

 

''Seiring dengan peredaran zaman, beta juga melihat agensi-agensi kerajaan adalah perlu memantapkan potensi Economy Digital melalui penerapan Fourth Industrial Revolution dan pendekatan Whole of Nation Approach yang telah pun mula diaplikasi di negara ini,'' titah baginda lagi.

 

Titah baginda lagi, dengan pembangunan beberapa aplikasi, seperti Bruhealth, MOHcares, Pengguna Bijak, TransportBN dan sebagainya, ia adalah penting untuk kita dapat menangani cabaran-cabaran mendatang, termasuk sebagai usaha mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran.

 


Close