Manage PermissionsManage Permissions

Cetuskan pemikiran, idea besar bagi faedah kemajuan negara



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 September. - Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Rancangan Kemajuan Negara (RKN) diharap akan dapat lebih memberikan tumpuan kepada perkara-perkara strategik untuk pembangunan.

 

Ahli-ahli yang dilantik juga diharapkan lebih terbuka memberikan pandangan-pandangan mereka tanpa ragu-ragu.

 

Ini peranan utama masing-masing bagi memastikan kejayaan RKN menjadi kenyataan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mengingatkan perkara itu, dalam titah baginda, semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi RKN Kali Pertama bagi Tahun 2020, di Istana Nurul Iman.

 

Malahan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam titahnya, turut mengambil maklum bahawa Economic Blueprint bagi Matlamat Ke-3 dalam Wawasan Brunei 2035 telah pun disediakan.

 

Sehubungan itu, baginda seterusnya berharap, akan dapat melihat wujudnya Manpower Blueprint bagi Matlamat Pertama dalam Wawasan yang akan diterajui oleh Kementerian Pendidikan dan Manpower Planning and Employment Council juga Social Blueprint bagi Matlamat Ke-2, yang akan diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS).

 

Terdahulu, dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, merakamkan penghargaan kepada paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM di atas pimpinan, khidmat bakti, tenaga dan buah fikiran yang telah disumbangkan Duli Yang Teramat Mulia selama menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi RKN.

 

Pada kesempatan itu juga, baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua ahli atas pelantikan semula dan pelantikan baharu, dalam Jawatankuasa Tertinggi RKN di dalam RKN juga penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi RKN atas sumbangan-sumbangan mereka yang lalu.

 

''Perubahan jawatan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi RKN ini adalah merupakan wadah strategik satu perubahan biasa. Ia diharapkan akan terus memikul tanggungjawab untuk mencetuskan pemikiran-pemikiran atau idea-idea besar bagi faedah kemajuan negara,'' titah baginda lagi.

 

Semua mesyuarat, tegas Kebawah DYMM lagi, hendaknya berasaskan kepada penelitian-penelitian yang rapi, yang didukung oleh fakta-fakta betul, dengan perbincangan pula, lebih terbuka memfokus isu-isu yang relevan untuk pertumbuhan sosial ekonomi, terutama selain sektor minyak dan gas.

 


Close