Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 331 jalani pengasingan diri mandatori



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Oktober. - Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini masih mengekalkan sifar kes jangkitan COVID-19 setakat jam 12.00 tengah hari. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kekal 147 kes.

 

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan bahawa satu kes masih aktif mendapatkan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan pada ketika ini dan seramai 143 orang sembuh.

 

Dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan juga mengongsikan bahawa setakat ini, NBD mencatatkan 163 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei lalu.

 

Dalam pada itu, sebanyak enam kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan di negara ini.

 

Kementerian Kesihatan juga turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 331 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 6,993 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 406 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 64,302 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

 


Close