Manage PermissionsManage Permissions

TAIB beri penghargaan kepada pegawai dan kakitangan



‚ÄčOleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 





BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Oktober. - Sebagai tanda penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) atas komitmen dan kerja keras mereka, satu Majlis Makan Malam Tahunan bagi Warga TAIB sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-29 diadakan malam tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni, itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Penasihat Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

 

Juga hadir, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB; ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Perbadanan TAIB; Pengarah Urusan Perbadanan TAIB dan anak syarikatnya, pengurusan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB.

 

Pada tahun ini, seramai 45 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB menerima Sijil Perkhidmatan Kerja Lama (Long Service Award) yang telah berkhidmat selama 25, 20, 15, 10 dan lima tahun dianugerahkan atas komitmen dan kesetiaan mereka kepada organisasi.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluan juga melahirkan ucapan penghargaan kepada para penerima Sijil Perkhidmatan Kerja Lama serta sumbangan mereka dalam kejayaan Perbadanan TAIB selama ini.


Close