Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Doa Selamat bagi IMT Ke-17



‚ÄčOleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Oktober. - Negara Brunei Darussalam akan menyertai misi Pasukan Pemantau Antarabangsa (International Monitoring Team - IMT) Ke-17 di Mindanao, Republik Filipina dan akan bertolak pada Selasa, 20 Oktober 2020.

 

IMT kali ini, terdiri daripada lapan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd. Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli.

 

Sehubungan itu, Majlis Doa Selamat bagi pemergian pasukan tersebut diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, di sini.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Tadarus Al-Quran, Surah Yaa Siin dan Doa Selamat bagi memohon keselamatan pasukan, diketuai oleh Imam Surau Ad-Difa', Awang Mohd. Nur Amin bin Awang Haji Jali, diikuti dengan tazkirah dan sembahyang Sunat Dhuha.

 

Hadir pada majlis tersebut, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat; dan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam, juga pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Majlis dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.

 


Close