Manage PermissionsManage Permissions

Dikir Maulud terus bergema



​Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 




SENGKURONG, Ahad, 18 Oktober. - Laungan dikir dalam menyerikan lagi Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus diadakan di masjid-masjid di seluruh negara.

 

Majlis yang penuh berkebajikan tersebut juga diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali dengan dimulakan dengan laungan Dikir Assalamualaika daripada rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Hadir dan mengetuai rombongan pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor.

 

Majlis seterusnya diikuti dengan Persembahan Dikir beramai-ramai oleh gabungan pendikir-pendikir Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama-sama para jemaah masjid berkenaan.

 

Terdahulu, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Mohd Zaidin bin Haji Mohd Noor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

 

Juga hadir ialah ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman; Pemangku Ketua Kampung Sengkurong, Awang Abdul Razak bin Haji Ismail; ketua-ketua jabatan; Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta penduduk sekitar.




Close