Manage PermissionsManage Permissions

Mengetengahkan hasil seni pelukis tempatan



​Berita dan Foto : Saerah Haji Abdul Ghani

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 18 Oktober. - Pameran Seni bertemakan 'Loreng Dinamika' menampilkan hasil karya-karya lukisan daripada 15 pelukis terkenal Negara Brunei Darussalam. Pameran karya-karya lukisan tersebut mengambil tempat di Tingkat 1 dan Unit 204 Kompleks Membeli-Belah Mabohai.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Pameran tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Para pelukis tempatan antaranya terdiri daripada Pengiran Abdul Wahab Hassan Al-Abbas, Dr. Haji Zakaria bin Haji Abdul Hamid, Dato Haji Sofry bin Haji Abd Gafor, Pengiran Timbang bin Pengiran Haji Tuah, Haji Dayang bin Haji Mutalib dan beberapa yang lain. 

Pameran karya-karya lukisan tersebut dibukakan kepada orang ramai bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam bermula 18 Oktober hingga 1 November nanti.

 

Dengan adanya pameran ini dihasratkan supaya ia akan dapat memberi inspirasi dalam kreativiti dan imaginasi kepada pelukis-pelukis tempatan mahupun individu lain sekali gus meraih potensi melalui karya seni yang dipamerkan.




Close