Manage PermissionsManage Permissions

PPDB raikan Pembukaan Dikir Maulud, Doa Selamat IMT



​Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 



 

BERIBI, Ahad, 18 Oktober. - Bersempena Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang jatuh pada 12 Rabiulawal tahun Hijrah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) juga tidak ketinggalan meraikannya dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul tersebut.

 

PPDB melalui Badan Ugama Islam (BUI) memulakan acara Maulidur Rasul dengan mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut, di Surau Polis Kawalan Diraja Beribi, bermula 17 Oktober 2020.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. Turut hadir Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, ACP Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail bersama pengarah-pengarah jabatan; pegawai-pegawai kanan; juga para pegawai dan anggota PPDB.

 

Majlis Pembukaan Dikir Maulud dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Sunat Berjemaah, diikuti dengan bacaan dikir, dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.

 

Majlis diselajurkan dengan bacaan Doa Selamat bagi pemergian perwakilan PPDB yang akan turut serta dalam kumpulan Ke-17 bagi misi Pasukan Pemantauan Antarabangsa (International Monitoring Team - IMT), di Mindanao, Republik Filipina.

 

Majlis Doa Selamat berkenaan khas buat pasukan tersebut bagi mengiringi pemergian Penolong Penguasa Polis, (ASP) Muhd. Ismail bin Abdullah.

 

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban sebelum Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah dan diakhiri dengan Doa Selamat.


 


Close