Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : APEC dorong usaha ke arah pemulihan ekonomi



​Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 November. - Negara Brunei Darussalam (NBD) merupakan pengasas ahli ekonomi APEC, di mana melalui APEC, negara ini menyertai sejumlah 2.9 bilion penduduk menyumbang kepada separuh daripada perdagangan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

 

Forum Ekonomi Asia Pasifik yang ditubuhkan pada tahun 1989 bertujuan untuk memajukan perdagangan bebas dan pelaburan di rantau Asia Pasifik melalui kerjasama ekonomi.

 

Penyertaan negara-negara ekonomi adalah berdasarkan pada dialog terbuka dan proses membuat keputusan yang dicapai melalui kesepakatan bersama tanpa keterikatan pada komitmen-komitmen atau kewajipan-kewajipan perjanjian.

 

Keahlian NBD dalam APEC membolehkan negara untuk menyertai dialog dalam bidang dasar.

 

Penyertaan NBD dalam APEC juga merupakan platform bagi memperkembangkan idea-idea yang meningkatkan pertukaran pandangan-pandangan dan amalan terbaik mengenai dasar-dasar yang menyumbang kepada iklim ekonomi yang lebih kondusif.

 

Forum ini membolehkan negara-negara ekonomi untuk lebih telus dalam membincangkan kaedah-kaedah bagi memastikan aliran perdagangan dan pelaburan tetap terbuka, telus dan inklusif.

 

Salah satu bidang kerjasama penting adalah 'Ease of Doing Business' (EODB) bertujuan untuk memajukan reformasi struktur dan persekitaran- persekitaran perniagaan negara-negara ekonomi.

 

APEC memberikan peluang kepada NBD untuk mempelajari amalan terbaik ekonomi-ekonomi lain, seterusnya menerapkannya dalam konteks persekitaran perniagaan di NBD.

 

Inisiatif-inisiatif ini, antara lainnya, akan terus menyumbang kepada usaha-usaha NBD ke arah meningkatkan kedudukannya dalam laporan EODB daripada Bank Dunia.

 

Dari segi pembangunan kapasiti, APEC melakukan usaha-usaha ke arah pembangunan kapasiti negara-negara ekonomi, meliputi pelbagai bidang, termasuk perkhidmatan, e-Dagang dan kastam.

 

Ini juga menyumbang ke arah pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan memastikan negara-negara ekonomi adalah kondusif pada perdagangan dan pelaburan juga memajukan iklim perniagaan yang telus dan terbuka.

 

Dengan itu, ia juga membukakan peluang-peluang aliran pelaburan dan perdagangan bagi perniagaan NBD, terutamanya bidang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menembusi pasaran lain juga menarik pelaburan-pelaburan ke NBD yang dapat memacu inovasi melalui peralihan-peralihan teknologi.

 

Mengenai dengan pergerakan para pedagang dalam APEC pula, perdagangan-perdagangan NBD juga berkelayakan untuk memohon Kad Perjalanan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, bertujuan bagi memudahkan perjalanan perniagaan jangka masa pendek di rantau APEC melalui pengemasan proses kemasukan ke kawasan  ekonomi-ekonomi APEC.

 

Menyentuh mengenai tindak balas terhadap COVID-19 pula, di mana dalam suasana pandemik, APEC telah mendorong usaha-usaha ke arah pemulihan ekonomi juga mengemukakan inisiatif-inisiatif yang dapat memupuk pemulihan ekonomi sepanjang tahun.

 

Sebahagian daripada inisiatif tersebut, termasuk komitmen dalam memudahkan perjalanan barang-barang keperluan, sebagai platform dalam pertukaran maklumat COVID-19 bagi memudahkan rakyat merentasi sempadan untuk perjalanan penting, yang setentunya berguna ke arah pemulihan ekonomi di negara ini.

 

Malaysia selaku Pengerusi APEC bagi Tahun 2020 buat julung-julung kalinya mengadakan Mesyuarat Ketua- ketua Ekonomi APEC (AELM) secara maya pada tahun ini, disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

 

Dengan itu, layar skrin hijau (green screen) digunakan oleh Pengerusi APEC bersama Ketua-ketua Ekonomi lainnya untuk memaparkan latar belakang 'virtual' yang unik semasa AELM Ke-27 ini.




Close