Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Tiada kes baharu dilaporkan



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 November. – Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa setakat 12.00 tengah hari ini, alhamdulillah tidak ada kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dan jumlah keseluruhan kes masih kekal kepada 148 orang.

 

Dalam Siaran Akhbar mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa tidak ada kes aktif menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan jumlah kes yang sembuh masih kekal seramai 145 orang.

 

Seterusnya, pihak kementerian juga mengongsikan bahawa seramai 576 sedang menjalani pengasingan diri mandatori ketika ini, manakala seramai 8,135 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Menurut pihak Kementerian Kesihatan juga bahawa setakat ini, Negara Brunei Darussalam mencatatkan 198 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan pada 6 Mei lepas.

 

Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak tujuh kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga ingin memaklumkan bahawa dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 400 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 75,069 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.




Close