Manage PermissionsManage Permissions

Pemenang bertuah terima hadiah



‚ÄčOleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Azmah Haji Ahad

 




JERUDONG, Jumaat, 20 November. - Seramai 15 pemenang cabutan bertuah bersempena World Heart Day Virtual Run dan Cycle 2020 hari ini menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di Level 1, Pusat Perubatan Jerudong Park (Jerudong Park Medical Centre) di sini.

 

Penyampaian hadiah berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay dalam ucapan alu-aluannya antara lain menekankan bahawa penyakit jantung merupakan antara punca utama kematian yang dihadapi seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara kita.

 

Oleh itu, tegasnya, senaman adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan selain pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.

 

Pihak penganjur, Mohamad Halimin Shahbuddin yang juga Pemilik Limin Cardio Fitness (LCFITNESS) ketika ditemui berkata bahawa mereka menerima lebih 200 penyertaan dengan beberapa kategori iaitu Virtual Run 21km dan 42km serta Virtual Cycle 100 miles.

 

Para pemenang hari ini, jelasnya membawa pulang lima unit Fitbit Smart Watch, lima 'scanning package' serta lima keping baucar, masing-masing bernilai BND100 dan BND50.

 

Beliau juga menjelaskan, pihaknya juga ada merancang beberapa anjuran atau perancangan secara berkolaborasi bersama HPC iaitu Pertandingan HASHTAG #BruneiBeatNCDs.

 

Selain itu, tambahnya, LCFITNESS akan menganjurkan 4th Beach Fitness Challange pada tahun 2020 selain menganjurkan aktiviti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, GJPMC, PJSC dan HPC.




Close