Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 199 hari kes sifar



​Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 November. - Negara Brunei Darussalam (NBD), alhamdulillah terus mencatatkan sifar kes baharu COVID-19, setakat jam 12.00 tengah hari ini.

 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19, di negara ini, masih kekal sebanyak 148 kes.

 

Dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan memaklumkan, setakat ini, NBD mencatatkan 199 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei lalu.

 

Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak tujuh kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.

 

Menurut Kementerian Kesihatan, tidak ada kes aktif yang dicatat mendapatkan rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan ketika ini, di mana menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini, seramai 145 orang.

 

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 571 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 8,208 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

 

Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 176 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 75,245 ujian.

 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

 


Close