Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Pendidikan tarik perhatian Kebawah DYMM



‚ÄčOleh : Khartini Hamir / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 




BERAKAS, Selasa, 12 Januari. - Kementerian Pendidikan kali ini menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk Keberangkatan Tidak Berjadual ke kementerian tersebut, pagi tadi.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

 

Pada lawatan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat meninjau ke beberapa Bahagian dan Unit di Kementerian Pendidikan, di mana baginda memulakan lawatan ke Jabatan Perkembangan Kurikulum, yang menempatkan Unit Sains; Unit Penerbitan; Unit Teknologi Maklumat; Unit Seni Kreatif dan Teknologi; dan Unit Vokasional dan Teknikal.

 

Dengan visinya, 'Pendidikan Bermutu Negara Dinamik', Kementerian Pendidikan komited menyediakan kualiti pendidikan yang saksama bagi generasi akan datang yang dipandu dengan nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB) dan melengkapkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran Abad Ke-21.

 

Sebagai organisasi profesional dan dinamik, Kementerian Pendidikan menyediakan program-program pendidikan yang holistik dengan kurikulum yang relevan dan bermanfaat serta responsif terhadap keperibadian pelajar.

 

Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 menggariskan tiga objektif strategik bagi mencapai visi dan misinya, iaitu mentransformasikan sumber tenaga manusia yang ada ke arah budaya yang berasaskan prestasi; menyediakan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti; dan melibatkan pihak yang berkepentingan bagi perkongsian akauntabiliti dalam kemajuan pembelajaran pelajar.

 

Dalam usaha mencapai Wawasan Brunei 2035, strategi pendidikan program-program menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi dan pendidikan berkualiti melalui kepelbagaian laluan dan memenuhi pelbagai keperluan pembelajaran untuk para pelajar.

 

Selain itu, negara juga sudah mencapai sasaran matlamat pembangunan milenium dalam kadar literasi, sepanjang lebih dari 100 tahun pendidikan formal dilaksanakan di negara ini, Sistem Pendidikan Negara (SPN) amat menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat selaras dengan Perintah Pendidikan Wajib yang diperkenalkan pada tahun 2007.

 

Kebawah DYMM mengakhiri lawatan tersebut dengan berkenan menandatangani lembaran kenangan.

 

Antara yang hadir sepanjang Lawatan Tidak Berjadual baginda ke kementerian berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Pendidikan.


06.jpg

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan


07.jpg
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama warga Kementerian Pendidikan

09.jpg
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat meninjau ke bahagian dan unit  Kementerian Pendidikan.

10.jpg
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat meninjau ke bahagian dan unit  Kementerian Pendidikan.




Close