Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan menerima mengadap



​Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi.


Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung ASEAN antara lainnya membincangkan mengenai persediaan Sidang Kemuncak ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang akan dipengerusikan oleh Negara Brunei Darussalam secara maya pada tahun ini.


Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.


Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.



Close