Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : 1 kes aktif jalani rawatan



Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Februari. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa alhamdulillah tidak ada kes baharu disahkan setakat 12.00 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah kekal seramai 185 orang.


Melalui Siaran Akhbar mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini, NBD mencatatkan 293 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 sejak laporan terakhir dicatatkan, pada 6 Mei 2020.

Dalam pada itu, setakat ini, sebanyak 44 kes import dicatatkan, iaitu sejak kes terakhir jangkitan tempatan berkenaan dilaporkan.


Menurut Kementerian Kesihatan lagi, alhamdulillah, satu kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sembuh setakat ini seramai 181 orang.


Kementerian Kesihatan turut memaklumkan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, di mana seramai 708 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, sementara seramai 13,336 orang menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.


Seterusnya, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 507 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 99,379 ujian.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari Laman Sesawang Kementerian Kesihatan, iaitu 'www.moh.gov.bn' atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.




Close