Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan hantar perutusan tahniah




 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Sosialis Viet Nam dan juga kepada Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam.

 


Close