Manage PermissionsManage Permissions

NBD bakal terima 100 ribu dos vaksin AstraZeneca



‚ÄčOleh : Aimi Sani / Foto : Hamzah Mohidin





BERAKAS, Selasa, 14 September. - Dalam usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memastikan Program Vaksinasi Kebangsaan dapat dilaksanakan semula dengan sempurna, Kementerian Kesihatan dengan sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Kerajaan Jepun akan menyumbangkan sebanyak 100 ribu dos vaksin AstraZeneca ke negara ini yang dijangka tiba ke Negara Brunei Darussalam (NBD) pada penghujung bulan September 2021. 


Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di NBD, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.


Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, dengan adanya sumbangan tersebut berserta dengan sumbangan 100 ribu dos vaksin Sinopharm yang diterima dari Kerajaan Republik Rakyat China, Program Vaksinasi Kebangsaan akan dapat diteruskan dengan pemberian semula dos pertama yang ditangguhkan. 


Kerajaan Kebawah DYMM, ujar Yang Berhormat lagi, sangat berbesar hati atas sumbangan-sumbangan ini yang akan dimanfaatkan sepenuhnya.




Close