Manage PermissionsManage Permissions

CHAM Tutong, CHABEL6 kini beroperasi



‚ÄčOleh : Aimi Sani / Foto : Hamzah Mohidin





BERAKAS, Selasa, 14 September. - Dalam usaha berterusan membendung penularan wabak COVID-19, Fasa Ketiga COVID Holding Area Mahad (CHAM) Tutong dan COVID Holding Area Pusat Tingkatan Enam Belait (CHABEL6) mula beroperasi bermula Isnin, 13 September 2021.


Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.


Menurut Yang Berhormat, CHAM Tutong boleh menampung sehingga 488 orang pesakit. Manakala Pusat Pengasingan yang bertempat di Daerah Belait, iaitu CHABEL6 boleh menampung seramai 320 orang pesakit.


Kedua-dua fasiliti baharu tersebut, tambah Yang Berhormat, dikendalikan bersama oleh Kementerian Kesihatan dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 




Close