Manage PermissionsManage Permissions

Forum mengetengahkan kelestarian, peralihan tenaga ASEAN



​Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Tenaga





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 September. - Kepentingan dalam mempercepatkan peralihan tenaga dan untuk ASEAN bagi mencapai dua sasaran utama menjelang 2025, iaitu yang pertama, untuk mengintegrasikan sejumlah 23 peratus kongsi pembaharuan dan yang kedua, mengurangkan sejumlah 32 peratus intensiti tenaga sebagaimana yang digariskan di bawah Fasa II ASEAN Plan of Action for Energy Corporation (APAEC) bagi tahun 2021-2025.


Perkara tersebut antara yang ditekankan dalam ucaptama yang disampaikan oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien pada The ASEAN Energy Business Forum (AEBF 2021), yang diadakan secara maya, bermula 14 hingga 16 September 2021 selaras dengan Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN Ke-39 (AMEM). 


Diadakan di bawah Negara Brunei Darussalam (NBD) selaku pengerusi, forum ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga; Petroleum Authority of Brunei Darussalam; ASEAN Centre of Energy (ACE); dan DMG Events. 


Forum ini merupakan sebagai platform berpengaruh dengan mengumpulkan 10 Menteri Tenaga ASEAN dan pemimpin tenaga global untuk mengadakan perbincangan strategik mengenai pelaburan tenaga di rantau ini serta rancangan dan dasar tenaga masa hadapan.


AEBF 2021 ini menampilkan persidangan strategik peringkat tertinggi selama tiga hari dengan tiga tema berbeza yang ditetapkan sepanjang persidangan berlangsung, iaitu Visi kelestarian tenaga ASEAN; Mempercepat peralihan tenaga ASEAN; dan Penyelesaian Sifar Bersih dan Taklimat Pelaburan Negara. 


Forum ini merupakan platform untuk mengumpulkan pemimpin tenaga ASEAN, pemain industri utama dan pakar penggubal dasar untuk secara aktif membincangkan strategi untuk mengetuai perkembangan global semasa, pengajaran dan pertumbuhan industri, mempromosikan perkongsian strategik, peluang pelaburan dan meningkatkan kerjasama industri di rantau ini dan global. 


Di samping itu, acara ini menampilkan pameran yang memperlihatkan lebih daripada 50 kepakaran dan jenama antarabangsa serantau dan tempatan kepada pemimpin dan pembeli utama di seluruh Asia.


Sepanjang acara berlangsung, agenda tersebut merangkumi ucapan dasar oleh Setiausaha Tetap (Tenaga), Kementerian Tenaga, Awang Haji Azhar bin Haji Yahya selaku Pengarah Urusan Sementara dari Petroleum Authority of Brunei Darussalam, di mana mengongsikan pandangan dan perspektif mengenai rancangan peralihan tenaga dan strategi petroleum NBD.


Awang Haji Azhar juga menekankan bahawa NBD menduduki tempat kelapan antara negara-negara Asia dalam Indeks Peralihan Tenaga (ETI). Fokus pada Peralihan Tenaga sejajar dengan rancangan strategik lima tahun Kementerian Tenaga, NBD dengan salah satu objektif strategiknya adalah berkenaan dengan tenaga hijau yang bertujuan untuk mencapai keselamatan tenaga jangka panjang untuk NBD dan persekitarannya.


Forum ini juga akan menganjurkan Dialog Menteri - CEO yang akan dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC). 


Dialog itu juga menampilkan CEO daripada sektor tenaga NBD, Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), Agnete Johnsgaard-Lewis; dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn. Bhd. (BLNG), Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib.


AEBF merupakan forum tahunan yang membolehkan para penggubal dasar ASEAN mempamerkan kerangka aspirasi tenaga nasional dan membincangkan bagaimana mereka dapat bekerjasama dengan perniagaan untuk merealisasikan matlamat ini, sehingga berfungsi sebagai platform sempurna untuk memupuk misi pelaburan dalam negeri, pertemuan dua hala antara pemilik projek, pelabur dan rakan penyelesaian tenaga bersepadu.




Close