Manage PermissionsManage Permissions

Jepun sumbangkan AstraZeneca kepada NBD



​Siaran Akhbar : Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 September. - Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jepun, Motegi Toshimitsu, mengumumkan keputusan Kerajaan Jepun untuk memberikan 100,800 dos vaksin AstraZeneca Plc COVID-19, yang dihasilkan di Jepun untuk Negara Brunei Darussalam (NBD). Vaksin tersebut dijangka akan tiba tidak lama lagi.


Kerajaan Jepun berharap, dengan adanya vaksin ini, ia akan dapat membantu rakyat NBD untuk terus dilindungi, ke arah mencapai matlamat 70 peratus rakyat Brunei yang sudah divaksinasi. 


Pemberian vaksin AstraZeneca untuk Negara Brunei Darussalam adalah sebahagian daripada sumbangan Jepun, yang merangkumi 500,000 dos lain ke Taiwan, 400,000 ke Viet Nam, dan 300,000 ke Thailand.


Setakat ini, lebih daripada 23 juta dos vaksin AstraZeneca telah disumbangkan kepada negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Barat, dan Kepulauan Pasifik. 


Jepun akan terus memantau situasi terkini dan akan meneruskan pemberian vaksin ke negara-negara dan rantau masing-masing.




Close