Manage PermissionsManage Permissions

Balai Ibadat Nur Taqwa sumbangan bantuan



Berita dan Foto : Ihsan Al-Huffaz Management


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Jun. - Balai Ibadat Nur Taqwa, Kampung Ujung Klinik, Sungai Siamas semalam mengadakan Majlis Ihsan Ramadan yang diselajurkan dengan majlis bertahlil dan bersungkai beramai-ramai.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkebajikan tersebut ialah Pemangku Imam Balai Ibadat Nur Taqwa, Awang Haji Bakir bin Haji Mahmud.

Majlis terdahulunya dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bertahlil beramai-ramai yang dikepalai oleh Imam Sembahyang Tarawih balai ibadat bagi bulan Ramadan, Awang Haji Md. Loqman Al-Hakim Haji Hamdan.

Seramai lapan warga emas, dua balu dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU), penduduk kampung berkenaan menerima sumbangan dan berjaya mengukir senyuman pada wajah mereka, yang tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meringankan beban mereka kerana kebanyakan daripada mereka hanya bergantung pada pencen tua serta bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Majlis dihadiri oleh hampir 40 jemaah, penduduk kampung.

Close