Manage PermissionsManage Permissions

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara angkat sumpah



Oleh : Nooratini Haji Abas, Marlinawaty Hussin / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mac. - Majlis Mengangkat Sumpah bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) terdiri daripada Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-Orang Bergelar, Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah yang baru dilantik pada 13 Januari 2017, berlangsung di hadapan Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Seri Setia Haji Mohamed Taib di Dewan Persidangan MMN, di sini.

Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang mengangkat sumpah terdiri daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat; Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

Sementara itu, Orang-Orang Bergelar Menurut Ceraian 1(a)(ii) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1) yang mengangkat sumpah terdiri daripada Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Seterusnya diikuti dengan Orang-Orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan Menurut Ceraian 1(a)(iv) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1) yang mengangkat sumpah terdiri daripada Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @Sabli bin Haji Arshad, Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash’ari dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Majlis Mengangkat Sumpah kemudiannya diteruskan oleh Wakil Yang Dilantik Dari Daerah-Daerah Menurut Ceraian 5(1) Dari Jadual Kedua Perkara 24(1) yang terdiri daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon dari Zon 1-Daerah Brunei dan Muara (DBM), Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis dari Zon 3-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin dari Zon 4-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari dari Zon 5-DBM, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman dari Zon 2-DBM, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dari Zon 1-Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput dari Zon-2-Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dari Zon-1 Daerah Tutong, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dari Zon 2-Daerah Tutong dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dari Daerah Temburong.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kuncang.

Yang Di-Pertua MMN dalam ucapannya penuh percaya ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dilantik itu supaya akan dapat melaksanakan tugas mereka masing-masing yang diamanahkan dengan dedikasi yang mana dengan seluruh komitmen mereka bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut bagi kepentingan negara, rakyat dan penduduk di negara ini.

Menurut Perkara 49 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang memperuntukkan bagi tiap-tiap Ahli MMN hendaklah sebelum memulakan kewajipan-kewajipan jawatannya dan menduduki kerusinya dikehendaki mengangkat atau membuat pengakuan seperti yang dikelilingkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas meja.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta jemputan-jemputan khas terdiri daripada Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

Close