Manage PermissionsManage Permissions

Rombongan UNIVA Medan, Indonesia lawat UNISSA



Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sharif Ali


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 April. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kepada masyarakat luar negara khususnya daripada institusi pendidikan Islam untuk meninjau lebih dekat dengan mengadakan kunjungan silaturahim ke universiti berkenaan kelmarin.

Pihak UNISSA telah menerima kunjungan daripada rombongan Universitas Al-Washliyah (UNIVA) Medan, Indonesia yang diketuai oleh Rektor universiti itu, Profesor Dr. H. Basyaruddin, MS dan dialu-alukan oleh Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Tujuan lawatan itu adalah untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang melibatkan pakar akademik kedua universiti khususnya dalam bidang penyebaran dakwah Islam dan membanteras gerakan penyelewangan akidah selain untuk merancang kegiatan kerjasama yang melibatkan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam.

Dalam ucapan hormat, Rektor UNIVA antara lain menjelaskan bahawa UNIVA telah didirikan pada tahun 18 Mei 1958 dan sekarang berusia 59 tahun dan penubuhannya adalah untuk melahirkan ulama dan sarjana yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia demi memelihara keselamatan agama, bangsa dan negara.

Turut menyertai rombongan UNIVA ialah Majelis Pendidikan Al-Jam’iyatul Washliyah Propinsi Sumatera Utara, Indonesia yang melibatkan seramai 24 ahli terdiri daripada para pensyarah, tenaga pengajar Institusi Pendidikan dan Ahli Korporat.

Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pertukaran cenderahati sebagai simbol bahawa UNISSA dan UNIVA akan terus bekerjasama dan telah menjadi rakan karib dalam bidang kajian ilmiah dan akan merancang penandatanganan memorandum persefahaman pada masa akan datang.

Turut hadir ialah Penolong Rektor UNISSA, Pegawai-PegawaiEksekutif, Dekan-DekanFakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat.
Close