Manage PermissionsManage Permissions

Cinta recycle

10/04/2017

100417_CERPIN.jpg

BUKAN senang hendak menyembuhkan hati yang luka, terluka apa lagi dilukai, tidak semudah ungkapan 'patah tumbuh hilang berganti' itu cuma sebuah lagu untuk hiburan yang sekali gus menasihatkan kita agar jangan berputus asa dan berasa kecewa.

Hampir tiga abad pintu hati Jasmina tertutup rapat walaupun anak kuncinya masih dalam genggamannya dan bila-bila akan dibukanya untuk seseorang yang benar-benar layak dijadikan pengganti.

Ramai di kalangan anak-anak muda seangkatan dengannya dan juga duda-duda cuba mengatilnya dengan palbagai gaya dan stail masingmasing, untuk menambat hati gadis yang bernama Jasmina yang ketika itu baru putus cinta dengan aduka yang tidak tahu menilai mana yang disebut budi dan jasa serta mana intan dan yang mana kaca.

Tidak kurang juga dengan longgokan lelaki-lelaki tua yang tidak sedar diri yang sudah menerima pencen tua bertahun-tahun tapi masih ada hati terhadap Jasmina. Jasmina lebih daripada faham kebanyakan mereka itu ada pasangan hidup masing-masing dan belum tentu mampu menyara hidupnya yang ketika itu berusia empat puluhan, sedangkan untuk menemani isteri mereka masing-masingpun macam tidak larat.

Jasmina bukan bekas tunangan orang apa lagi bekas isteri orang, Jasmina masih anak dara dan belum kurang satu apapun, tapi mengapa mereka itu menganggap Jasmina macam barangan yang tidak punya nilai dan harga. Berebut-rebut untuk mendapatkannya macam barangan lelong.

Ibarat air ada pasang dan ada surutnya jika Jasmina tidak pandai berenang untuk menyelamatkan diri sudah lama dia hanyut dan lemas dibawa arus godaan demi godaan yang beraneka rupa dan gaya serta warna-warna hidup yang boleh saja membuatkan Jasmina ayung terus tumbang pada bila-bila masa saja.

Tetapi Jasmina begitu kuat melawan hawa nafsu penggoda yang cuma main suka-suka mengiklankan simpati terhadap Jasmina yang ditinggalkan oleh adukanya itu. Allah masih menyayangi Jasmina dan tidak membiarkan dia masuk perangkap manusia yang pepat di luar dan rencong di dalam itu.

Itu cerita 27 tahun lepas setelah Jasmina keseorangan kerana putus Cinta.

Tiga tahun kebelakangan ini barulah Jasmina merasakan jiwanya tenang, setelah sekian lama dalam kegelisahan dan kemurungan. Jasmina berjaya mencapai kemenangan dalam perjuangannya mematahkan serangan hendap ataupun serangan berani mati daripada orang-orang yang cuma ingin meratah daging dan tulangnya hidup-hidup.

Kini Jasmina sudah merdeka tidak perlu lagi waswas tentang keselamatannya. Ke mana sahaja dia pergi tidak ada lagi mata yang melirik benci dan tidak ada lagi senyum sinis yang menyakitkan.

Esok hari lahir Jasmina yang ke 50 tahun, Jasmina sudah boleh menarik nafas panjang dan lega, fikirannya lapang kebahagiaan benar-benar dapat dirasakannya di waktu barusia 50 tahun itu walaupun masih keseorangan. Hatinya berbisik lucu apakah setiap orang itu cuma akan menikmati ketenangan jiwa setelah mencapai usia 50 tahun…?

Pemuda-pemuda yang sebaya dengannya dahulu sudahpun mempunyai isteri dan anak masing-masing, malah ada di antara mereka telahpun menimang cucu. Dan lelaki-lelaki tua yang ada hati terhadapnya dahulu itu pun sudah meninggal dunia.

Jasmina senyum sendirian apabila mengenangkan kisah-kisah masa silamnya itu.

''Mina…,'' halus suara itu. Hamimah memegang tangan Jasmina. Jasmina membiarkannya kerana Jasmina lebih arif tentang perasaan wanita daripada Hamimah sendiri.

Belum sempat Jasmina bertanyakan sesuatu kepada Hamimah, Hamimah terlebih dahulu bersuara lagi.

''Aku minta maaf padamu, Mina...,'' Jasmina sudah mengagak hajat kawan sekampungnya itu. Jasmina selamba saja dan membiarkan Hamimah bercakap, kerana sudah dirasakannya begitu lamamereka tidak bertegur sapa lantaran suami Hamimah termasuk dalam golongan orang-orang yang gatal ingin memiliki Jasmina.

''Tidak ada apa yang hendak aku maafkan, Mimah…,'' pendak jawapan Jasmina. Dia tahu untuk apa diperdebatkan lagi sesuatau yang telah berlalu, walaupun suami Hamimah beria-ia hendak memiliki dirinya dan kerana itu Hamimah menganggap Jasmina adalah musuh nombor satu dalam hidupnya.

''Aku belum ada niat hendak merampas siapa-siapa, Mimah….'' penuh makna walau nadanya memerangkap simpati. Hamimah tunjal kena kiasan Jasmina.

''Katalah apa yang hendak kau katakan, Mina…,'' Hamimah.

''Apa lagi suami orang, hinggalah aku jadi anak dara tua sekarang ini, belum terlintas lagi siapa-siapa dalam hidupku.'' Padat hujah Jasmina. Hamimah diam.

Menanai fitnah dan tohmahan beberapa saat sahaja sudah menggoncangkan sebuah dunia, apa lagi selama lebih dua dekad satu masa yang terlalau lama. Itulah Jasmina dengan kekuatan imannya hingga berusia 50 tahun masih berjaya mempertahankan kesucian cintanya.

''Aku harap kau akan dapat mengampunkan dosa-dosa arwah suamiku padamu, Mina...,'' Hamimah begitu lembut dan bersopan memohon keampunan kepada Jasmina bagi pihak suaminya, tidak sekasar ketika dia meminta supaya Jasmina jangan menganggu suaminya 27 tahun sebelum ini.

Itulah cebisan perjalanan hidup Jasmina dengan pelbagai onak dan durinya dalam menempuh penghujung usianya yang cuma tinggal sekubit jika disukat timbang dengan usianya yang telah berlalu dan tidak memberikan apa-apa kecuali kedukaan dan kehampaan.

Di awal pagi seperti biasa mempersiapkan dirinya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan, Jasmina diketuk oleh deringan WhatsApp yang jarang diterimanya selain dari waktu kecemasan. Selamba mobile itu dicapainya, bola matanya tajam menikam kata-kata di skrin mobilenya itu dengan tanda tanya siapa penghantarnya.

''Selamat ulang tahun ke 50 Jas…!''

Itu saja yang sempat dibaca oleh Jasmina, badannya mulai seram sejuk darah gemuruhnya menggelegak melebihi garisan amaran. Jasmina tidak sanggup menatapnya, badannya mulai lemah dan jantungnya berdegup kencang. Jasmina duduk memberi ruang supaya tekanan darahnya tidak naik melambung.

''Tidak puaskah kau mengganggu aku selama ini Farid…?'' ''Maafkan aku, Jas...,'' ringan ungkapan Farid.

''Bagi aku semua itu sudah berkubur…jangan kau tambah lagi apa yang ku tanggung selama ini…!'' Lantak mati Jasmina.

Farid adalah aduka idaman Jasmina, juga Jasmina adalah dara pilihan Farid.
Kiranya jodoh mereka belum ditakdirkan Allah untuk mereka menjadi suami isteri, makanya percintaan mereka terkandas disebabkan fitnah dan tohmahan liar hingga mereka salah menyalahkan antara satu sama lain.

''Aku masih bersama dengan cintaku seperti dulu dan aku ingin menyerahkannya kembali padamu, Jas...,'' bab mamajal.

''Aku sudah tidak punya cinta lagi, Farid…semua sudah ku kuburkan yang tinggal cuma jasad tanpa nyawa.'' Jasmina tidak berselindung.

''Belum terlambat untuk kita menjalin semula cinta kita.'' Farid kakal mangagut.

''Di usia kita sekarang ini cuma untuk amal ibadat, bukan menghadap cinta yang sudah tidak bermakna itu lagi…!'' Jasmina juga apa kurangnya dengan pangarasinya.

''Kita masih punya waktu untuk semua itu, Jas...,'' Farid macam tahu Semuanya.

Jasmina punya pilihan mahu atau tidak, Farid datang membawa kebenaran wajarkan Jasmina menolak kebenaran itu setelah mengetahui pokok pangkal sebenarnya. Keras hati Jasmina tidak dapat dilentur dengan kata-kata walaupun kebenaran itu tunjal di hadapan matanya.

Farid gagal memujuk puteri yang keras hati itu untuk dijadikannya Permaisuri.

Namun Farid tidak kenal erti putus asa dia masih punya harapan dan yakin satu masa nanti cinta mereka akan dapat direcycle hingga mereka mendarat di pelamin walaupun dalam usia yang hampir senja. Moga cinta uda dan dara senja ini akan berhasil direcycle.
Attachments