Oleh: Dhia Faaezah

Bagaikan pelangi selepas hujan reda
Indah berseri mewarnai alam...
Beburung berterbangan, riang berkicauan
Tiada lagi mendung semalam...
SATU seni kata yang indah. Lirik salah satu lagu kumpulan nasyid inteam bermain di kotak fikiran Manisah.
Pelangi
memang indah dengan 7 warna berbeza. Namun pelangi cuma menghiasi
langit setelah hadirnya hujan. Mendung hujan selalu dikaitkan menjadi
analogi bagi ujian dalam kehidupan. Hmm...
“Dah sampai ke
mana? Mekkah?” usik Mukhlis dengan senyuman mengusik adiknya yang nampak
termenung jauh. Dia duduk tidak jauh dari adiknya.
“Baru sampai di halaman rumah ni ha...” Manisah membalas dengan muka selamba usikan abangnya.
“Tengah
fikirkan apa? Nampak jauh sangat...” soal Mukhlis prihatin. Secara
tidak langsung membuka ruang si adik meluahkan beban fikiran.
“Tak ada apa...Cuma tengah fikir tentang perjalanan hidup...” luah Manisah perlahan.
“Setiap dari kita ni dah ditentukan jalan hidup masing-masing sejak kita dalam kandungan perut ibu lagi. The distance had been certain. Trust Allah plan. What we need to do is keep walking and moving. We plan but Allah’s planner is better for each of us. Sentiasa ada kebaikan di setiap perkara yang Allah tentukan.”
“Contohnya?” soal Manisah. Memang bila berbual dengan Mukhlis selalu ada sesuatu isi yang menarik.
“Contohnya,
beg kita hilang waktu tengah tunggu nak naik bas. Kena beli tiket yang
baru. SubhanAllah rupanya Allah nak selamatkan kita. Bas awal tu
terlibat dalam kemalangan waktu dalam perjalanan. Dan kita akan lebih
menghargai dan menjaga beg baru.”
“Entahlah bang...” tanpa
sedar Manisah mengeluh. Dia menunduk dan memejam mata. Ada butiran
jernih mula mengalir dari kelopak matanya.
“No pain no gain.
Kalau nak dapatkan sesuatu yang besar memang tidak mudah. Perlukan
struggle, perjuangan. Lagi-lagi kalau sesuatu tu boleh mendekatkan diri
kita pada Allah dan perkara kebaikan. Syaitan akan sentiasa nak gagalkan
kita dari terus melangkah dan gegarkan kebergantungan kuat kita pada
Allah.” Sambung Mukhlis. Sebagai seorang yang lebih tua dari Manisah,
dia juga pernah melalui fasa begini.
Mukhlis menoleh ke
sebelah bila tiada respon dari adiknya. Manisah berpeluk tubuh dengan
kepala di lutut menyembunyikan air mata yang mengalir dari pandangan
abangnya.
“Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘Alallah.
Apabila kamu sudah berazam, maka bertawakkallah pada Allah. Minta
kekuatan dan bantuan dari Allah Yang Maha Kuat. Ingat Allah saat suka
dan duka. Allah suka kalau kita meminta dan mengadu pada DIA. Genggam
erat tangan, bina kekuatan dan semangat dan teruskan melangkah.” Hujung
ayatnya Mukhlis melafazkannya dengan bersemangat.
“It might be tough and need to struggle. Believe me. It will be worth for future. Sekejap je lagi tu. Bertahanlah. Usaha sungguh-sungguh, gigih teruskan melangkah. Bak kata Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah: ‘Oh those who are patient, bear a little more, a little more remain’. You almost there to the finish line. Cheer up!!!” tutur Mukhlis lagi bersungguh-sungguh.
“Aku
tak ingin...Kau menangis bersedih... Hapuslah air mata darimu...”
spontan Manisah ketawa bila abangnya tiba-tiba menyanyi dari ketawanya
yang sedikit serak, jelas Manisah sedang menangis. Mukhlis turut ketawa
bila Manisah ketawa.
“Haha...Nak pinjam bahu ke? Boleh je” Mukhlis menawarkan dalam usikan. Manisah mengangkat muka mencebik.
“Bukan
mudah menyusun tangga ke angkasa... Bukan mudah menggapai mimpi jadi
realiti. Apapun jua biar terbukti andai langkahmu tidak terhenti...”
kali ini Mukhlis mengungkap ayat motivasi melalui lirik lagu.
Kali
ini air mata Manisah sudah berhenti mengalir. Dia meletakkan dagu di
lutut. Mata memandang ke depan halaman rumah yang dihiasi bunga dan
pokok.
“Allah uji sebab Allah sayang. Kadang ujian dengan
sesuatu yang kita tak suka tu Allah bagi sebab hasil perbuatan diri kita
sendiri. InsyaaAllah juga sebagai penghapus dosa bila kita redha,
berlapang dada dan terus melangkah. Orang yang Allah sayang selalu diuji
dengan ujian yang hebat. Bahkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
pun menghadapi macam-macam ujian perit sewaktu menyampaikan dakwah Islam
dan demi untuk mempertahankan Islam.”
Perbualan mereka
terhenti bila abang sulung mereka, Muhsin baru pulang melafazkan salam.
Segera mereka menjawab salam yang dihulur.
“Nampak serabut”
komen Manisah diakui Mukhlis dalam diam. Dari raut wajah Muhsin Nampak
serabut. Mereka membiarkan Muhsin masuk ke rumah. Mungkin penat dengan
kerja di pejabat.
“Mukhlis lapang tak petang ni? Jom pergi
riadah...” usul Muhsin yang muncul berdiri di muka pintu. Baju kemeja
sudah dibuka. Masih ada baju lapis merah tanpa lengan dan seluar kerja
di tubuh.
“Maaflah bang...Mukhlis dah ada janji dengan kawan
lepas Asar nanti. Abang bawalah puteri manja ni pergi teman...” usul
Mukhlis sambil memandang ke arah Manisah.
“Bagus jugak
tu...Lepas Asar nanti Nisah siap kita pergi joging trek stadium...” umum
Muhsin sebelum berlalu pergi ke dalam rumah.
Berkerut dahi Manisah tidak puas hati. Tangan bersilang di dada.
“Mana
aci. Dengan abang elok Abang Muhsin tu tanya. Dengan orang, dia main
tarik je tak tanya nak atau tak...” rungut Manisah. Mukhlis ketawa
dengan gelagat adiknya.
“Ada telepatilah tu. Tak tanya tapi
dia boleh tau Nisah tak ada rancangan apa-apa. Eloklah tu. Jangan nak
menternak lemak dengan banyak makan...” tegur Mukhlis.
Manisah
mengakui dalam diam. Apa yang dikata Mukhlis memang suatu hakikat yang
betul. Sejak kebelakangan ini dia banyak makan dan kurang beraktiviti.
Seperti
yang dirancang, Muhsin dan Manisah melakukan joging di padang trek
stadium. Di musim cuti hujung tahun ini, tidak ramai yang pergi ke situ.
Mungkin ramai yang sedang meluangkan masa bercuti ke luar negara.
Usai
pusingan ke lima, Manisah berhenti sekejap ke tepi padang dengan nafas
tercungapcungap. Tak mampu rasanya hendak meneruskan larian. Sebotol air
100-plus yang memang dibawa sejak awal diteguk. Cuba untuk
mengembalikan sedikit tenaga.
“Berapa pusingan bang?” soal
Manisah bila Muhsin menyusul berhenti di tepi trek padang. Sejak awal
tadi langkah Muhsin mendahului Manisah.
“Alhamdulillah...Empat belas...”
Hampir
terbeliak mata Manisah mendengarnya. Biasanya kalau mereka melakukan
riadah bersama, secara purata pusingan larian abang sulungnya itu cuma
sepuluh. Semakin menguatkan andaiannya yang Muhsin sedang ada masalah.
“Well done” puji Manisah. Pujiannya langsung tidak menerima balasan dari Muhsin.
“Tak
semua yang kita nak, kita akan dapat. Hargai dan jangan mudah lepaskan
apa yang ada dalam genggaman. Macam dalam Surah Al-Baqarah yang lebih
kurang maksudnya belum tentu apa yang kamu suka itu baik untuk kamu dan
boleh jadi yang kamu benci itu baik untuk kamu, sungguh Allah Maha
Mengetahui.” Muhsin spontan berkata sebegitu memecah kesunyian antara
mereka. Manisah rasa pelik.
“Hari tu abang ada tengok gambar
kartun. Ada tiga buah rumah. Kaya, sederhana dan susah. Ada awan dialog
kat rumah tengah tu ungkapan bersyukur. Moralnya, dalam hal ibadah
jangan pernah rasa kita lebih baik dan banyak amalan dari orang. Tapi
anggap orang tak kira muda atau tua tu lebih banyak ilmu dan lebih dekat
dengan Allah daripada diri kita. Dan jangan iri bila memandang orang
yang nampak senang dan bahagia dari kita. Tapi ingat juga ada orang yang
lebih susah dan kurang bernasib baik dari diri kita,” sambung Muhsin
tanpa mempedulikan raut wajah pelik Manisah. Muhsin sedang melakukan
pergerakan renggangan badan.
“Terima kasih atas peringatan tu
bang...” ucap Manisah. Dalam hati Manisah panjatkan syukur. Mungkin ini
ingatan Allah buat dirinya melalui Muhsin.
“Kenapa abang tiba-tiba terfikir pasal ni?” Manisah cuba untuk mengorek isi hati si abang sulung.
“Tak
ada apa...” balas Muhsin tanpa memandang si adik. Sebolehnya rahsia
hatinya tidak ingin dikongsi. Lagi-lagi dia anak sulung dan lelaki.
“The distance had been certain. Trust Allah plan. What we need to do is keep walking and moving.
Sampai kita dipanggil pulang, bila roh berpisah daripada jasad. Lepas
tu tak perlu apa-apa. Cuma menanti dihisab dan masuk syurga je
insyaaAllah. Really-really soon. Setiap hari kan waktu kita semakin
singkat, kita semakin dekat dengan kematian...” luah Muhsin.
Manisah diam. Bermuhasabah dalam diamnya. Tiba-tiba Manisah senyum. Ada sesuatu menerjah fikiran.
“Abang...” panggil Manisah dengan suara meleret. Senyuman menghiasi bibir.
Dengan kening bertaut Muhsin memandang si adik. Faham sangat. Bila suara macam tu mesti ada hajat tersirat.
“Sebelum
balik nanti kita singgah beli aiskrim boleh? Nisah terliur nak makan
cornetto coklat. Tapi...tapi...Nisah tak bawa wallet...” pinta Manisah
senyum-senyum.
“Tengoklah...” ucap Muhsin jual-mahal. Sengaja tidak memberi kata putus.
“Alah... Bolehlah... Please...” permintaan berbentuk rayuan yang Manisah ucapkan.
“Iyelah
insyaaAllah... Abang nak lari satu pusingan lagi. Tunggu kejap. Nisah
tu tundukkan pandangan. Jangan nak cuci mata pandang lelaki,” sempat
Muhsin berpesan sebelum berlalu memulakan larian terakhir.
Manisah
senyum. ‘Syukur Ya Allah... Atas semua nikmat-nikmat yang kau
anugerahkan kepadaku. Betullah seperti dalam Surah Al-Insyirah. ‘Bersama
kesulitan ada kemudahan’.
Manisah bersyukur meskipun
perjalanan hidupnya banyak berliku tidak berjalan lancar seperti yang
diharap dan diimpi, tapi sangat banyak nikmat-nikmat lain yang Allah
kurniakan pada dirinya seperti hidup di negara aman, ada makanan dan
minuman yang cukup, ada tempat tinggal dan punya keluarga yang akrab
sesama ahli. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.
‘Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?’ (Surah Ar-Rahman)