
Oleh: Mardiah Haji Abdul Gapar
HARI
itu Rasiah menerima berita yang Zaitun telah kembali ke rahmat Allah.
Khabar itu disampaikan oleh adiknya melalui telefon. Zaitun adalah
isteri kepada Haji Salihin yang bersaudara dengan suami Rasiah. Zaitun
pula kawan sekampung Rasiah semasa mereka tinggal di pekan kecil dulu.
Zaitun suka bergaul dengan siapa saja asalkan orang itu suka padanya.
Zaitun punya tiga orang anak dua lelaki dan seorang perempuan. Tiga
tahun yang lalu Rasiah berjumpa Zaitun di satu majlis perkahwinan Zaitun
bercerita pada Rasiah yang dia baru enam bulan pulang dari negara jiran
kerana menjalani perubatan di sana. Rasiah bertanya Zaitun sakit apa.
Dengan wajah yang sedih Zaitun memberitahu yang dia telah menghidap
barah pangkal rahim. Zaitun hampir menangis ketika menyampaikan berita
itu pada Rasiah. Dengan rasa simpati Rasiah mendekap badan Zaitun yang
dulunya begitu berisi dan sangat mempesona mata yang memandangnya.
Ketika itu wajah Zaitun benar-benar nampak pucat. Rasiah tak berani
untuk berkata apa-apa kerana dia takut akan menyingung perasaan Zaitun.
Dalam
perkara begini Rasiah harus berhati-hati bila hendak memberi nasihat
maklum ada katanya apabila seseorang itu ditimpa masalah mereka mudah
tersinggung sebab itulah Rasiah hanya dapat memaluk badan Zaitun dengan
penuh rasa sebak di dadanya tanpa ada sepatah pun perkataan yang keluar
dari mulutnya.
Dalam
menahan sedihnya Rasiah terdengar Zaitun bertanya adakah dia tahu di
mana Haris berada. Kerana dia benar-benar ingin berjumpa dengan pemuda
itu. Untuk apa Zaitun bertanyakan Haris? Rasiah merenung wajah yang
pucat itu. Kenapa Haris yang dicari. Adakah Zaitun belum dapat melupakan
Haris dalam hidupnya. Tapi sedih juga di hati Rasiah bila melihat
Zaitun seperti dia benar-benar harap supaya Rasiah dapat memberitahu di
mana Haris. Mungkin Zaitun ingin meminta maaf kerana dia pernah membuat
hati Haris terluka Rasiah tahu Zaitun masih menaruh perasaan cinta pada
Haris. Itu kisah lama yang tak akan mungkin datang kembali. Rasiah hanya
merenung Zaitun di hati dia berharap semoga Zaitun faham akan
renungannya itu. Kerana memang dia tidak tahu ke mana perginya Haris
Setelah Zaitun berkahwin dengan Haji Salihin atas pilihan orang tuanya
Haris hilang entah ke mana.
Itulah
pertemuan yang terakhir di antara Rasiah dengan Zaitun selepas itu
Rasiah hanya mendengar khabar yang Zaitun masuk ke rumah dan keluar
sekejap. Lepas itu masuk lagi. Rasiah memang sengaja tidak mahu melawat
Zaitun semasa dia berada di rumah sakit kerana Rasiah tidak mahu Zaitun
merasa yang hidupnya berakhir begitu kerana bukan itu yang diharapkan
oleh Rasiah. Dan hari ini Rasiah menerima kepergian Zaitun dengan hati
yang benar-benar pilu. Zaitun telah pergi menghadap yang Maha Esa.
Rasiah
dan suaminya sampai di rumah Haji Salihin jam baru saja menujukkan
sembilan pagi. Kerana mereka berdua menyangka jenazah Zaitun masih lagi
berada di rumahnya. Rasiah berasa hairan melihat banyak tetamu yang
sudah pulang. Yang tinggal hanyalah keluarga yang terdekat saja. Rasiah
bertanya pada Saliha iaitu adik perempuan Haji Salihin di mana jenazah
Zaitun akan disemadikan. Saliha memberitahu jenazah Zaitun akan
disemadikan di tanah perkuburan kampung itu yang tidak jauh dari sana.
Oleh
kerana Zaitun meninggal di waktu malam. Jadi jenazahnya telah pun
dimandikan malam itu juga dan Sembahyang Jenazah juga tidak henti-henti
dilakukan oleh sanak saudara dan dari jiran-jirannya. Jam 6.00 pagi anak
Zaitun dan dua tiga keluarga yang lain telah pergi ke tanah perkuburan
jadi kalau tidak ada masalah jam lapan pagi liang lahad sudah siap
digali. Itulah sebabnya mereka membawa jenazah Zaitun berangkat awal
tanpa bertanya terlebih dahulu adakah mereka sudah boleh datang ke tanah
perkuburan. Rasiah dan suami tidak terus pulang suaminya berpendapat
lebih baik mereka berdua pergi saja ke tanah perkuburan sebagai tanda
penghormatan mereka yang terakhir pada jenazah Zaitun.
Rasiah
dan suaminya terkejut memandang jenazah Zaitun masih lagi berada di
dalam kereta jenazah. Rasiah dan suaminya turun dari kereta mereka lalu
memberi salam kepada Haji Salihin dan tetamu yang ada. Haji Salihin
memberitahu pada suami Rasiah tanah yang sudah digali sedalam dua kaki
tidak dapat digali lagi kerana terlalu keras. Sudah bermacam cara
dilakukan tapi masih juga tak berhasil. Seorang anak muda datang
menghampiri Haji Salihin. Kalau tidak keberatan dia akan cuba meminta
bantuan pada ayah saudaranya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Oleh
kerana tidak ada pilihan akhirnya Haji Salihin memberi kebenaran pada
anak muda itu untuk memberi bantuan padanya. Dan terus mengucapkan
ribuan terima kasih.
Tidak
lama kemudian terlihatlah anak muda tadi bersama dengan seorang lelaki
yang sebaya dengan Haji Salihin. Orangnya belum tua. Lelaki itu memberi
salam pada Haji Salihin dan juga pada orang yang ada dekat dengannya.
Haji Salihin menjawab salam dari lelaki itu lalu menerangkan masalah
yang mereka hadapi. Memandangkan jam sudahpun hampir 10.00 pagi tak lama
lagi orang akan pergi ke masjid untuk menunaikan Sembahyang Fardu
Jumaat. Lelaki itu hanya menjawab dengan perkataan InsyaaAllah. Darah
Rasiah bergemuruh apabila terpandang wajah lelaki yang datang itu adalah
Haris. Dengan pantas Rasiah mendekati Haris dan memberi salam. Haris
terkejut melihat Rasiah dan suaminya berada di tanah perkuburan itu.
Dari renungan mata Haris, Rasiah dapat merasa seperti ada yang tak kena
di hati Haris bila saja dia terpandang Rasiah. Haris minta diri pada
Rasiah dan suaminya kerana dia akan memulakan kerjanya. Haris menyentuh
tanah yang akan di galinya dengan tangan sebelah kanan. Dia merasa
memang ada yang tidak kena pada jenazah yang akan jadi penghuni liang
lahad hari itu. Sebelum itu Haris berjalan menuju ke arah pondok yang
telah disediakan di kawasan kubur itu. Haris mengambil air wudhu selepas
itu dia mendirikan solat sunat dua rakaat memohon pada yang Maha Esa
semoga apa yang akan di kerjakannya nanti mendapat rahmat. Dan memberi
keampunan kepada jenazah yang akan disemadikan pada hari itu.
Selesai
menunaikan Solat Hajat Haris menyambung semula kerja mengali tanah
liang lahad yang tergandala tadi. Alhamdulillah dengan pertolongan dua
tiga orang termasuk anak Zaitun tidak sampai satu jam liang lahad
sudahpun dapat diselesaikan. Haji Salihin menyudahkan bacaan Surah Yaa
Siin apabila terpandang Haris telah memberi isyarat yang jenazah
isterinya sudah boleh dimasukkan. Dengan tak membuang masa Haji Salihin
turun ke dalam liang lahad dia memanggil anaknya yang tua untuk
bersamanya. Dan meminta supaya Haris tetap berada di bahagian kepala
Haji Salihin sendiri berdiri di tengah anaknya di bahagian kaki.
Tapi
belum pun jenazah Zaitun diturunkan ada lagi masalah yang terjadi.
Tiba-tiba Haji Salihin melihat liang lahad seperti tertutup. Haji
Salihin seperti tak percaya dengan apa yang dipandangnya lalu dia
memandang pada Haris seakan dia ingin meminta kepastian apakah benar apa
yang dilihatnya itu. Haris faham akan maksud pandangan Haji Salihin itu
lalu Haris membawa Haji Salihin naik semula ke atas tanah perkuburan
dan duduk bersebelahan dengan jenazah Zaitun. Haris bertanya pada Haji
Salihin kalau arwah isterinya ada membuat kesalahan baik yang Haji
Salihin ketahui atau tidak maafkanlah dia, Haji Salihin menjawab selama
dia hidup bersama dengan arwah isterinya sedikit pun dia tidak merasa
berkecil hati kerana arwah isterinya adalah seorang perempuan yang
sangat baik budi pekertinya. Arwah isterinya tidak pernah meminta
apa-apa darinya. Seperti dia tidak memerlukan apa yang ada dalam dunia
ini. Apa yang dibawa dengan senyum dan ucapan terima kasih yang tak
pernah dia lupakan. Arwah isterinya juga kuat beribadat. Bagi Haji
Salihin arwah isterinya adalah seorang isteri yang sangat istimewa di
dalam hidupnya.
Haris
meminta Haji Salihin mengingat lagi semasa isterinya sakit adakah dia
meminta atau berpesan apa-apa pada Haji Salihin. Seperti kilat Haji
Salihin teringat tiga bulan yang lalu arwah isterinya ada meminta
padanya. Kalau dia sudah tiada dia tak mahu Haji Salihin beristeri lagi.
Isterinya meminta jawapan masa itu juga tapi Haji Salihin tak dapat
berkata. Kerana di hatinya terlalu merasa berat untuk berjanji pada
arwah isterinya. Sebagai manusia dia dapat merasa yang hidup ini adalah
ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Sebab itulah dia tak dapat menjawabnya.
Haji
Salihin bercerita dengan linangan air matanya. Haris meminta pada Haji
Salihin supaya dia memberi jawapan dengan hati yang jujur kepada arwah
isterinya. Dengan tidak membuang masa Haji Salihin berkata. Dia memohon
maaf kepada arwah isterinya Zaitun kerana buat masa ini belum lagi
terlintas di hatinya untuk mencari pengganti Zaitun. Tapi kalau Tuhan
masih memberi dia jodoh dia akan menerima dengan rela tapi dia akan
tetap menyayangi Zaitun hingga ke akhir hayatnya. Haji Salihin meminta
supaya Zaitun pergi dengan tenang dan aman kerana dia jugamerelakan
Zaitun pergi menghadap Tuhan yang Maha Esa. Selepas itu Haji Salihin
membaca doa dan diikuti oleh yang lainnya. Setelah doa selesai diaminkan
jenazah Zaitun pun diturunkan ke dalam liang lahad. Semasa Haris
menyambut jenazah Zaitun dadanya berdebar kencang seperti ada yang
memukulnya. Haris berselawat tiga kali. Rasiah dapat melihat yang tangan
Haris gementar. Semasa liang lahad akan ditimbus setelah Haji Salihin
menciumkan tanah ke hidung arwah isterinya. Haris tidak mahu
memandangnya. Kerana yang meninggal itu adalah isteri orang haram
hukumnya. Haris tercium bauan yang sangat harum. Haji Salihin juga sama
tercium bau itu. Lalu Haris mengucapkan Allahuakbar dan Alhamdulillah
dikuti oleh semua yang hadir.
Setelah
semuanya selesai dan yang datang pun memohon diri untuk pulang. Haji
Salihin mempersilakan mereka semua supaya dapat datang ke majlis
bertahlil di rumahnya malam nanti. Haris minta maaf kerana dia tidak
dapat hadir kerana dia ada janji dengan anak muridnya.
Haji
Salihin datang menghampiri Haris dan Rasiah juga suaminya. Dia
mengucapkan ribuan terima kasih. Kerana kalau bukan bantuan dari Haris
tentu semua itu belum dapat diselesaikan. Haris menjawab semuanya atas
pertolongan dari Tuhan dia hanya sebagai penghantarannya saja. Haji
Salihin memperkenalkan anak lelakinya pada Haris. Haji Salihin
memberitahu yang anaknya itu bernama Haris Fadilah. Isterinya yang
memberi nama itu. Haris hanya tersenyum tapi di hatinya dia teringat
yang nama itu akan diberi kepada anaknya. Kalau dia sampai berkahwin
dengan Dewi. Haji Salihin memberi salam dan terus meninggalkan Haris.
Rasiah dan suaminya.
Haris
bertanya pada Rasiah apa hubungannya dengan yang meninggal dan bertanya
lagi adakah Rasiah tahu di mana Dewi sekarang, kerana sudah beberapa
bulan ini dia asyik teringat saja memberi tahu pada Dewi. Haris
memberitahu pada Rasiah akan kegundahan hatinya.
Rasiah
tidak dapat menjawab. Dia hanya merenung wajah Haris. Di matanya Rasiah
dapat merasa yang Haris sedang mencari Dewi. Haris merenung tepat
keanak mata Rasiah seperti dia dapat merasa ada yang tidak kena terjadi
pada Dewi. Dengan suara yang perlahan Rasiah menjawab yang tadi itu
adalah Dewi. Dahi Haris berkerut seperti dia tersalah dengar. Rasiah
mengulang ucapannya. Jenazah yang tadi itu adalah Dewi, iaitu Zaitun
adalah nama Dewi yang sebenarnya. Rasiah melihat betapa pucatnya wajah
Haris ketika itu seperti dia akan pengsan.
Dengan
pantas suami Rasiah mendakap badan Haris lalu membawanya duduk di atas
bangku yang ada disediakan di tanah perkuburan itu. Haris tidak dapat
menerima berita itu. Haris menangis sambal berjalan menghampiri pusara
Zaitun lalu dia berkata.
“Dewi,
kenapa kau pergi tanpa memberi tahu padaku, yang kau sedang sakit,
Dewi! Siang dan malam tak pernah aku lupa padamu, setiap ada ruang di
hatiku, aku selalu berdoa, semoga kita dapat bertemu, dalam bahagia,
bukannya duka.” Haris berusaha menahan tangisnya. Walaupun dia dalam
kepayahan kerana terlalu sedih.
Rasiah
menangis mendengar apa yang disampaikan Haris pada Zaitun. Dia memeluk
suaminya kerana terasa benar sayu di hatinya. Suaminya mengusap bahu
Rasiah seperti suaminya bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua
sahabat isterinya itu.
Setelah
tenang Haris minta diri untuk pulang kerana waktu Solat Jumaat sudah
hampir tiba. Rasiah hanya dapat memberi angukkan sebagai jawapannya.
Rasiah juga dapat merasa betapa hancurnya hati Haris kerana yang
dikebumikannya itu adalah Dewi wanita yangselama ini ingin dijadikan
miliknya. Tidak lama selepas Haris pergi, Rasiah dan suaminya pun pulang
meninggalkan tanah perkuburan.
Dalam
perjalan pulang seperti Haris tak dapat untuk melangkahkan kakinya.
Tapi dia masih ingat semua yang terjadi adalah rahsia Tuhan dia harus
menerima dengan hati yang suci bersih jangan ada satu pun kekesalan di
hatinya yang boleh membawa niatnya terpesong. Tapi sekuat manapun Haris
menahan sedih di hatinya air mata tetap juga membasahi pipinya. Bila
sampai di kawasan rumahnya Haris merasa seperti dia kehilangan sesuatu
barang yang sangat berharga.
Lalu
dia duduk di tangga rumahnya. Di sana sekali lagi Haris menangis kerana
penantiannya kini sudah berakhir. Haris berharap agar satu masa nanti
Dewi akan datang padanya. Tapi sayang orang yang ditunggunya telah pergi
buat selamanya. Dan yang paling mengguris hatinya ialah sedikit pun
tidak terfikir tanah yang digalinya itu adalah untuk jenazah Dewi orang
yang ditunggunya sekian lama. Wanita inilah yang akan dijadikannya
isteri. Hanya wanita ini juga yang dapat menambusi pintu hatinya.
Akhirnya
dia yang menyambut jasad Dewi apabila diturunkan ke dalam liang lahad.
Betapa hancurnya hati Haris ketika itu terasa dia ingin menjerit dan
bertanya pada Tuhan. Kenapa begini akhirnya cintanya pada Dewi. Kerana
Dewilah dia meninggalkan semua harta yang menjadi miliknya dan lari
bersembunyi di kampung itu membawa hatinya yang benar-benar terluka. Dia
hidup seorang diri di sebuah rumah kayu yang sangat sederhana dipenuhi
dengan berbagai-bagai jenis bunga mawar yang menjadi kesayangannya.
Kerana Haris tahu bunga mawar itu adalah bunga kegemaran Dewi.
Haris
juga banyak menanam sayur-syaruan untuk memenuhi hari lapangnya sayur
itu akan diberinya kepada orang yang ingin membeli sebagai sedekah buat
amalan hidupnya. Kerana semasa dia mula terpandang Dewi di zaman mudanya
Dewi sedang berkebun sayur dan bunga-bunga yang banyak di halaman
rumahnya. Sebab itu, Haris berharap bila Dewi datang padanya semua yang
diinginkan ada di hadapan matanya.
Di
hatinya Haris selalu berharap Dewi akan menjadi miliknya. Dan mereka
berdua akan duduk bersama di dalam taman yang dibinanya sendiri. Tapi
sayang Dewi tidak dapat melihat semua itu. Dan haris juga tidak
menyangka yang hari itu berakhirlah sudah penantiannya. Kerana Dewi
telah pergi buat selamanya. Bila tangisnya telah reda Haris pun masuk ke
dalam rumahnya dengan langkah yang tergesa-gesa kerana dia telah
terdengar suara Azan menandakan waktu Sembahyang Jumaat telah tiba.
Kalau
dulu Haris selalu berdoa apabila saja dia selesai menunaikan sembahyang
lima waktu agar dia dapat hidup bersama dengan Dewi. Tapi mulai hari
itu dia hanya akan berdoa semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada roh Dewi
yang telah kembali kepadaNya. Hanya itu yang dapat Haris lakukan untuk
Dewi yang pergi membawa sebuah cinta suci dari hatinya. Tidak ada lagi
yang akan ditunggu oleh Haris dalam hidup ini kecuali mati.
Sebelum
mati itu tiba dia harus bersedia membawa apa yang terdaya untuk
dirinya. Kerana Haris tahu dia tidak punya sesiapa dalam hidupnya yang
akan menyambung amal kebajikan yang telah dilakukannya. Kerana dia tidak
punya keturunan untuk dinanti memandikannya apabila dia sudah tiada.
Walaupun dia punya harta tapi harta itu sudahpun diserahkannya kepada
adik dan anak saudaranya yang berada di Kanada. Semua harta itu
dibelinya dengan menggunakan nama Dewi. Termasuk sebuah kapal juga di
atas nama Dewi. Kapal itu adalah kapal peranginan. Haris berhasrat bila
Dewi menjadi miliknya dia akan membawa Dewi mengelilingi lautan Kanada
dengan kapal itu tapi Haris tahu semua itu tak akan pernah terjadi lalu
kapal itu dihadiahkannya kepada Adam anak saudaranya yang dulunya
menjadi kesayangan Dewi. Haris lari ke Kanada kerana dia berasa kecewa
pabila mendengar yang Dewi akan dikahwinkan dengan seorang pemuda yang
menjadi pilihan keluarganya. Ketika itu Haris seperti orang gila kalau
boleh ingin saja rasanya Haris membawa
Dewi pergi bersamanya.
Tapi
apakan daya Dewi adalah gadis Melayu yang dijaga dengan didikan
mengikut acuan Melayu. Dewi tidak boleh berkata tidak pada ibunya,
kerana ibunya juga tidak pernah berkata tidak pada neneknya.
Selama
38 tahun Haris berada di rantau orang. Entah apa sebabnya hati Haris
ingin kembali ke tanah tumpah darahnya. Haris merasa seperti ada satu
suara yang memanggil dia untuk pulang. Akhirnya setelah semua hartanya
yang ada di Kanada diserahkannya pada Adam Haris pulang dan dia membeli
sebidang tanah untuk tempat kediamannya. Itulah rumah yang dianggapnya
sebagai sebuah istana untuk dia dan Dewi menghabiskan hari tua mereka
bersama. Sebuah impian yang hilang ditelan kabus malam.
Setelah
40 hari pemergian Dewi. Rasiah datang menziarahi pusara Dewi. Rasiah
terpandang banyak bunga mawar terletak di atas pusara Dewi. Ada yang
sudah kering layu dan yang masih segar semua diletakkan dengan sempurna.
Rasiah tahu mawar itu tentunya dari Haris. Rasiah membaca Al Faatihah
sebagai ingatannya pada Dewi. Tidak lama kemudian Rasiah terdengar ada
langkah kaki menuju ke arahnya. Rasiah memandang orang itu. Ternyata
Haris sudah berdiri disisinya. Haris tak tersenyum matanya sayu merenung
batu nisan yang terpacak kaku di hadapannya. Haris duduk lalu
meletakkan lagi sekuntum bunga mawar putih. Rasiah tahu Haris menangis.
Rasiah tak dapat menahan sedih di hatinya dia juga menangis sama. Dalam
sendunya Haris bertanya kepada Rasiah adakah pernah Dewi bertanya
tentang dirinya. Rasiah menjawab memang seringkali bila berjumpa tidak
pernah Dewi tidak bertanya tentang Haris. Tapi Rasiah tak dapat
memberitahu pada Dewi kerana Rasiah takut berdosa pada suami Dewi kalau
nanti Dewi tidak jujur pada suaminya bila
dia thau yang Haris masih mencintai dirinya dan Haris sudahpun kembali ke tanah air.
Walaupun
Rasiah kasihan melihat penderitaan jiwa Dewi. Rasiah berharap Haris
tidak akan kecil hati padanya. Hari berkata, “Kau tahu Ras, betapa aku
teseksa setelah mengetahui yang Dewi telah dipaksa untuk kahwin dengan
orang lain, oleh kerana aku tidak mahu Dewi disakiti oleh ayah dan
keluarganya aku pergi meninggalkan keluarga yang sangat ku kasihi. Tapi
jauh di lubuk hatiku, aku masih menaruh harapan Dewi tetap akan menjadi
milikku, tapi sekarang apa yang akan ku nanti,” Haris bertanya pada
Rasiah. Di matanya masih ada air yang mengalir membasahi pipinya.
“Haris, semua ini adalah rahsia Tuhan tidak ada siapa yang tahu apa
penghujungnya hidup kita ini,” hanya itu yang dapat Rasiah ucapkan
kepada Haris.
Haris
berkata lagi, “Ras, penantian ku yang pertama sudah ada jawapannya,
Dewi tidak dapat ku miliki, tapi, penantian ku yang kedua adakah aku dan
Dewi tidak dapat bersama bila aku sudah tiada?”. Haris tidak menunggu
jawapan dari Rasiah. Dia lalu pergi meninggalkan Rasiah sendiri di
pusara Dewi atau Zaitun. Satu badan dua nama. Satu badan dua lelaki yang
mencintainya. Rasiah berkata sendiri. Rupanya masih ada seorang Maznun
di dunia ini yang hidup menderita kerana seorang wanita yang dipujanya.
Rasiah seperti tak percaya. Tapi itulah sebuah cinta yang bermula dengan
duka di pertengahannya kecewa.
Penghujung
penderitaan yang dirasakan oleh Haris sangat memukul jiwanya. Rasiah
juga dapat merasa mungkin Dewi tak pernah senyum. Yang hilang dari
bibirnya ialah nama Haris, seolah dia sangat merindu lelaki itu. Itu
yang membuat Rasiah tidak lagi mahu berjumpa dengan Dewi. Setelah tiga
tahun mereka berjumpa semula, Rasiah ingat Dewi sudah lupa pada Haris.
Tapi sayang nama Haris sudah terpaku di hati Dewi. Dia tetap akan
bertanya di mana Haris. Itu yang membuat Rasiah seperti berhenti dari
bernafas.

Sebelum
pergi Rasiah memberi salam dan bersedekah Al Faatihah kepada yang telah
pergi. Semoga mereka dapat rahmat dari Tuhan yang mana pengasih lagi
yang Maha Penyayang. Rasiah memandang sekeliling matanya terpandang lagi
kuntum mawar di atas pusara Dewi. Itulah lambang cinta dua insan yang
cinta mereka tidak kesampaian. Sebuah cinta yang Hambar. Rasiah dapat
merasakan betapa rindunya Haris pada Dewi. Dan bagaimana kalau malam
tiba rindu itu datang menggoncang hatinya. Ke mana Haris akan pergi.
Ka1au
dulu dia akan pergi jauh. Tapi sekarang adakah Haris akan mendatangi
pusara Dewi. Walupun di tengah malam yang sepi. Rasiah takut itu akan
terjadi. Dan benar-benar akan terjadi. Rasiah berdoa dan meminta pada
Tuhan. Semoga Haris dapat bertahan dengan ujian yang diberi Tuhan pada
dirinya.
Sebelum
sampai ke arah letak keretanya. Di pertengahan jalan Rasiah terjumpa
Haji Salihin bersama dengan tiga orang anaknya. Rasiah bertanya apa
khabar Haji Salihin dan anakanaknya. Haji Salihin menjawab semuanya
baik-baik saja.
Rasiah minta diri untuk pulang. Dan Haji Salihin meneruskan jalannya menuju ke pusara arwah isterinya.
Belum
pun Rasiah menghidupkan enjin keretanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Rasiah memberi salam. Tenyata yang menelefon adalah Haji
Salihin yang mengucapkan ribuan terima kasih kerana Rasiah setiap hari
menghantar bunga mawar ke pusara arwah isterinya Rasiah tak dapat
berkata apa-apa dia selain berkata "tak apa”. Rasiah menerima salam dari
Haji Salihin lalu menutup telefon bimbitnya.
Di
dalam kereta menuju pulang Rasiah merasa seperti sudah selesai satu
penderitaan yang ditanggung oleh seorang sahabatnya. Sekarang yang
tinggal hanya Haris yang tak pernah akan tersenyum di dalam menghadapi
hari-hari yang mendatang dalam hidupnya. Rasiah menangis mengenang nasib
dua sahabatnya itu. Rasiah melajukan keretanya di hatinya dia berjanji
akan datang lagi bila Tuhan memberi ia umur. Walaupun sendu di hatinya
tak akan hilang bila dia ingat pada dua insan yang benar-benar dia
kasihi.