Manage PermissionsManage Permissions

Memelihara jati diri Muslim

29/07/2015

Oleh:Firdaus H.N.


cetusan minda 290715 rabu

Mukadimah


TUJUAN Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan jin dan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata untuk berbakti, ta'abudi, mengabdi dan beramal ibadah ke hadrat Allah Rabbul 'alamin. Disediakan-Nya syurga dan neraka, diberikan ganjaran pahala bagi hamba-Nya yang beramal soleh dan bertakwa, dan diberi peringatan bahawa hamba-Nya yang engkahkufur akan diazab dengan azab yang amat pedih lantaran perbuatan mereka sendiri.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah az-Zaanyat, ayat 56 bermaksud:


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu.”


Mengamalkan zikrullah iaitu mengingati Allah merupakan jalan yang terbaik untuk terus memiliki keamanan sama ada dalam kehidupan individu mahupun dalam kehidupan bernegara kerana Allah akan sentiasa mengingati hamba-hambaNya yang sering mengingatiNya dalam apa jua urusan dan keadaan.


Firmaan Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 tafsirnya:


“Kamu ingat Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula.”


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 tafsirnya:


“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud :


“Perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir, adalah seperti orang hidup dengan orang mati.”


(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Musa Al-Asy'ari Radiallahuanhu)


Agar pembicaraan lebih fokus, perkataan “MUSLIM” itu sendiri mengandungi untaian harfiah yang unik dan dinamik dalam menghuraikan takrif dan usaha ke arah memelihara jati diri muslim.


M - Mandiri
U - Ukhwah
S - Solat (Sembahyang)
L - Laaillahaillallah...
I - Ilmu
M - Madani


M - Mandiri


Umat Islam pada hakikatnya adalah umat yang unggul dan hebat. Keunggulan dan kehebatan ini diperakui oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan termaktub dalam Al-Qur'an sebagaimana firman-Nya dalam Surah 'Ali Imran: 110, bermaksud:


“Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) knmu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)...”


Islam Sebagai Al - Din


Islam ialah agama yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Agama yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ianya merupakan sebesar-besar nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat manusia.


Firman Allah Ta'ala bermaksud:


“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam dan telah-Ku cukupkan untuk kamu nikmat dan telah Aku redai Islam itu Din (agama) kamu.”


(Surah al-Maidah, ayat 35: 3)


Sikap tegas dan perkasa kerajaan negaranegara Islam menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara amatlah disanjung tinggi. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, bermaksud:


“Sesungguhnya seorang mukmin yang kuat lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah.”


Umat Mandiri


Umat Islam yang mandiri adalah umat yang mampu berdikari dan berdiri sendiri berpaksikan Islam. Tiiak bergantung pada umat lain yang bukan Islam dalam segala hal. Umat Islam yang mandiri, memiliki jati diri yang kukuh. Iaitu memiliki pegangan hidup dan beragama yang kukuh, ainul yakin, murni dan mantap. Beriman, bertakwa dan bermaruah kerana memiliki sepenuh dan seluruhnya identiti Islam. Iaitu memiliki perlembagaan dan sistem hidup berteraskan Al-Qur'an dan al-Sunnah. Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 28, bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”


U - Ukhwah


Fenomena Dunia Islam


Keresahan dan kekhuatiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sejak lebih 1429 Hijrah yang silam kini seolah-olah menjadi kenyataan.


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dari Tsauban, yang bermaksud:


“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya : Apakah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? jawab Baginda : Malah kamu banyak, tetapi kamu laksana buih air Bah. Dalam pada itu hati mereka tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit 'Wahn'. Apa yang dimaksudkan dengan penyakit 'Wahn' itu wahai Rasulullah? maksudnya ialah di dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dunia dan takut mati.”


(Riwayat Al-Imam Abu Daud dan Ahmad)


Masa kini, kedudukan umat Islam semakin ketara amat terancam dan tidak selesa. Di mana
 umat Islam dituduh selaku ekstremis, teroris, pencetus huru hara, pengeboman diri berani mati, yang menjadikan umat Islam sebagai warga minoriti dalam negara bukan Islam, dan juga selaku warga dunia di era dunia tanpa sempadan, era globalisasi dan di era ledakan ICT ini, dalam situasi terancam, teraniaya dan kini diancam dengan ideologi musuh-musuh Islam, iaitu 'penghapusan umat' (Ideologi Gila: 'World Without Islam').


Justeru umat Islam seluruh dunia mesti bersatu padu. Jika umat Islam dapat bersatu padu dan berukhwah sebagaimana pernah diamalkan oleh kaum Ansar dan Muhajirin yang berjaya membentuk 'UmahMadani' dan 'Daulah Islamiah Madinah al-Munawwarah', umat Islam dan negara-negara Islam akan menjadi kukuh dan tidak mustahil menjadi pemimpin di muka bumi (khalifatullahifilard).


Firman Allah Ta'ala dalam Surah an-Nur, ayat 55, bermaksud:


“Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah di muka bumi...”


Hakikatnya umat Islam memiliki banyak sumber kekuatan tetapi sumber-sumber tersebut diabaikan dan dipersiakan. Akhirnya umat Islam semakin lalai dan sumber kekuatan itu lenyap daripada kuasa dan milik mereka.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah 'Ali Imran, ayat 140 bermaksud:


“Dan masa kejayaan dan kehancuran Kami pergilirkan di antara manusia agar mereka mendapat pelajaran.”


Firman Allah Ta'ala dalam Surah at-Talaq, ayat 3:


Maksudnya: “Dan (ingatlah)! Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”


Pembentukan Generasi 'Madani' dan Daulah Islamiah Madinah al-Munawwarah adalah hasil perutusan dan dakwah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersifat yang universal, penuh hikmah dan menjadi rahmat kepada seluruh alam, iaitu ajaran Islam yang maha suci yang diredai Allah, penyelamat manusia di dunia dan akhirat, sesiapa yang menolaknya bererti rugi.


Maksud firman Allah Subhanahu Wata'ala:


“Katakanlah (wahai Muhammad) 'Inilah jalanku, aku dan orong-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah (Islam) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha Suci Allah (daripada segala iktikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”


(Surah Yusuf: ayat 108)


Ayat di atas menjelaskan bahawa dakwah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah seruan kepada agama Islam, jalan lurus, syumul, diredai Allah dan penyelamat dan membawa kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Maksud firman Allah Ta'ala:


“Sesungguhnya, agama (al-Din) yang diredai di sisi Allah Subhanahu Wata'ala ialah Islam.”


(Surah 'Ali-Imran, ayat 19)


Dan maksud firman Allah Ta'ala:


“Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nya, menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi baik dengan sukarela mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan.”


(Surah 'Ali-Imran, ayat 83)


Dan maksud firman Allah Ta'ala:


“Barangsiapa yang mencari (berpegang) selain daripada agama Islam maka tidaklah akan diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.”


(Surah 'Ali-Imran, ayat 85)


Dan maksud firman Allah Ta'ala:


“Maka pada hari ini Aku (Allah) telah menyempurnakan agama (Din) kamu untuk kamu dan Aku (Allah) telah menyempurnakan rahmat-Ku untuk kamu dan Aku (Allah) telah reda bagi kamu sekalian akan Islam itu menjadi Din (agama) kamu.”


(Surah al-Ma'idah, ayat 3).


Dalam melaksanakan dakwah, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah dibantu oleh para sahabat. Selepas Baginda wafat, tugas ini terus dilaksanakan oleh para ulama yang menjadi pewaris nabi-nabi dengan penuh ikhlas, berkesan, dan iltizam semata-mata mengharapkan reda Allah, sesuai dengan maksud firman Allah Subhanahu Wata'ala:


“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat perkara baik, serta melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”


(Surah 'Ali -Imran, ayat 104)


S - Solat (Sembahyang)


Sembahyang Mendidik Jiwa

Sembahyang menduduki martabat kedua selepas syahadah (persaksian). Iaitu bersaksi dengan dua kalimah syahadah (syahadatain) di dalam agama Islam. Iaitu Rukun Islam. Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab Radiallahu'anhuma berkata:


“Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, bermaksud: “Dibina Islam itu atas lima perkara; persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di baitulharam.”


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).


Memelihara sembahyang dan menunaikannya pada waktunya dan menunaikannya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya serta menjaga adab dan sunnahnya sehingga sembahyang itu memberikan buahnya di dalam jiwa seseorang Muslim itu lalu ia meninggalkan segala perbuatan fasya' dan mungkar. Sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ankabut, ayat 45, bermaksud:


“...dan dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fasya' dan mungkar.”


Sembahyang adalah syiar seorang Muslim dan lambang baginya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Pemisah di antara seorang Islam itu di antara syirik dan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang.”


(Hadis Riwayat Muslim dan selainnya).


Dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud: “Sembahyang adalah tiang agama.” (Hadis Riwayat Abu Nu'aim).


Dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, bemaksud: “Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang...” (Hadis Riwayat Malik bin al- Hauris).


Memelihara Sembahyang Berjemaah


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah, ayat 43 bermaksud: “...dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk...”


Ibnu Katsir berkata dalam tafsirnya terhadap ayat ini: Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan mereka rukuk bersama-sama dengan orang yang rukuk dari kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah berfirman : Ikutilah bersama-sama mereka dan jadilah dari kalangan mereka. Kata Ibnu Katsir: “Ramai alim ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil kewajiban sembahyang berjamaah.”


Daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, katanya: “Rasulullah, Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, (bermaksud): Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam amat menitikberatkan agar umat Islam istiqamah mendirikan sembahyang berjemaah. Sekiranya Baginda tidak kasihankan orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak dalam sesebuah rumah yang kaum lelakinya tidak hadir bersembahyang berjemaah di masjid itu, Baginda ingin saja membakar rumah itu. Baginda bersabda, bermaksud: “Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam tangannya, sesungguhnya aku mahu sahaja memerintahkan agar dikumpulkan kayu kayu, kemudian aku memerintahkan agar azan dilaungkan untuk sembahyang kemudian aku memerintahkan seorang lelaki mengimami orang ramai bersolat, kemudian aku akan pergi mencari kaum lelaki yang tidak bersembahyang bersama jemaah dan membakar rumah-rumah mereka.”


(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nisaai dari Abu Hurairah Radiallahu'anhu).


Kelebihan Sembahyang Berjemaah


Firman Allah Ta'ala bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (an Nisaa', ayat 103)


Dan firmanNya lagi bermaksud:


“Sesungguhnya manusia dicipta bersifat keluh kesah. Apabila ia ditimpa kesusahan ia keluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang, yang mereka itu tetap mengerjakan sembahyangnya.” (al-Ma'arij, ayat 19-23)


Dan firman Allah Ta'ala lagi bermaksud:


“Dan orang-orang yang memelihara sembahyang. Mereka itu kekal di syurga lagi dimuliakan.” (al-Ma' aarij, ayat 34-35)


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:


“Sembahyang jemaah melebihi fadhilatnya dari sembahyang seorang diri sebanyak dua puluh tujuh darjat.” (Hadis Riwayat Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam At Tarmizi dan Imam An Nasaei)


Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


“Kalaulah manusia mengetahui tentang pahala yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian perkara itu tidak akan diperolehi melainkan dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengundi.” Sembahyang adalah merupakan ibadat yang mula-mula difardukan ke atas umat Islam dan yang pertama dihisab dan dibicarakan di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabarani dari Anas bin Malik Radiallahu Anhu bermaksud :


“Pertama-tama yang diperhitungkan pada tiap-tiap hamba di hari kebangkitan ialah sembahyang, jika baik sembahyangnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika rosak sembahyangnya, maka rosaklah seluruh amalannya.”


Sembahyang adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya bererti ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang merobohkannya maka bererti ia telah merobohkan agamanya. Sembahyang yang dihayati dan dikerjakan dengan sempurna juga menjamin dan memelihara diri dari segala perbuatan jahat dan kelakuan yang mungkar sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ankabut, ayat 45, tafsirnya:

 

“Dan diriknnlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...”


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:


“Anak Kunci Syurga ialah sembahyang...” (Riwayat al-Imam Ahmad daripada Jabir Radiallahu'Anhu.”


'Abd bin Humaid meriwayatkan daripada Jabir Radiallahu 'Anhu, Rasulullah bersabda bermaksud:


“Tidak ada kaitan di antara seorang hamba dengan kufur melainkan meninggalkan sembahyang yang fardu.”


Al Imam Ahmad meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam datang ke masjid dan Baginda melihat ada kelembutan pada kaum, maka Baginda bersabda bermaksud:


“Sesungguhnya aku amat berhasrat untuk melantik seorang imam supaya mengimami orang ramai, kemudian aku keluar dan aku tidak mampu untuk melakukan ke atas mereka yang meninggalknn sembahyang jemaah, hanya sembahyang di rumahnya melainkan membakar rumah mereka.”


Peranan Masjid

Takrif Masjid


Menurut Mahmud Saedon bin Haji Awang Othman, Prof. Dr. (2003), perkataan masjid, berasal daripada bahasa Arab, yakni kata asalnya 'sajada' bererti - telah sujud 'yasjudu' bererti sedang sujud. Kemudian, kata kerja sajada tersebut diberi tambahan 'ma' untuk menunjukkan erti tempat, menjadi 'masjad' dan 'masjid' yang bermakna tempat sujud.


Firman Allah Ta'ala bermaksud:


“Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya (orang yang berdusta) dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh).” (Surah al-'Alaq, ayat 19)


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Sedekat-dekat hamba-Ku kepada Aku ialah semasa ianya melakukan sujud yang demikian perbanyakkanlah doa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Demikian Allah memerintahkan agar Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan kita semua sujud dan menghampirkan diri kepada Allah. Sujud melambangkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, bersedia untuk menegakkan ma'ruf dan meninggalkan mungkar.


Peranan dan Fungsi Masjid


Oleh sebab peranan dan fungsi masjid ini sangat penting untuk difahami supaya dapat dihayati agar setiap masjid yang dibina benar-benar dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan berjaya untuk diimarahkan, maka adalah wajar bagi kita untuk mengetahui peranan dan fungsi masjid menurut pandangan Islam dengan memberikan perhatian khusus kepada zaman Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Menurut Hasan Langgulung (1985), “berdasarkan pada bukti-bukti sejarah, pendidikan menentukan nasib umat. Untuk mengubati krisis yang menimpa umat Islam sekarang ini maka kita harus mulai dari sesuatu. Dan sesuatu itu menurut beliau, adalah masjid. Dari masjid itulah akan memancar cahaya iman yang menyinari hati setiap mukmin, dan dengan cahaya iman inilah setiap mukmin mengayunkan langkah, bermodal hanya amal soleh, untuk membangun kembali peradaban dan kebudayaan yang telah berabad-abad ketinggalan zaman. Seperti kata Anas Radiallahu'anh, bermaksud:


“Tidak akan bangkit kembali umat ini kecuali dengan melalui cara yang dilalui oleh umat sebelumnya.”


Masjid adalah tempat sujud dan bersembahyang, tempat beribadat khusus kepada Allah, inilah fungsi dasar pembinaan masjid, menjadi kenyataan bahawa masjid yang dibina oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Quba dan Madinah adalah untuk dijadikan tempat beribadah kepada Allah Ta'ala berbakti kepadaNya, bertahajud dan sujud, bersembahyang berjemaah dan Jumaat. Masjid adalah tempat sembahyang fardu lima waktu dan sembahyang sunat, tempat bertafakur dan beriktikaf, sembahyang tarawikh di bulan Ramadhan dan seumpamanya.


Pengimarahan Masjid


Islam menuntut agar masjid sentiasa diimarahkan dengan mendirikan sembahyang, zikir, majlis ilmu, iktikaf, qiamullail, mengutip zakat, hari-hari kebesaran dalam takwim Islam dan seluruh kegiatan makruf dan mendatangkan manfaat kepada Islam dan umatnya.


Masjid dijadikan pusat perpaduan umat dan faktor kekuatan mereka serta pengkalan perkembangan tamadun serta budaya Islam. Justeru, untuk memperkasa dan memelihara jati umat Islam fungsi masjid wajiblah diperkukuhkan sebagaimana di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Firman Allah Ta'ala bermaksud:


“Hanya yang mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang-orong yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan masuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)


L - Laaillahaillallah...


Kalimah Tayibah, Laaillahaillallah... Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah... Firman Allah Ta'ala dalam Surah az-Zaatiyat, ayat 56 bermaksud:


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu.”


Mencintai makhluk akan dicemburui, tetapi mencintai Allah akan disayangi. Maksud ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala ialah hanya semata-mata mempercayai dan 'ainul Yaqin ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Allah tidak boleh dipersekutukan dengan yang lain. Baik pada zat, sifat dan kekuasaannya. Mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.


Ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala dalam hal beribadah adalah kita menyembah-Nya bukan kerana kita mengharapkan yang lain, seperti mengharapkan pahala atau kerana takut akan seksa-Nya, tetapi adalah semata-mata kerana kita patuh, tunduk melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-larangan-Nya.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-An'am, ayat l62 bermaksud:


“Katakanlah, "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku dan matiku hanyalah untuk (menyembah) Allah Tuhan alam semesta.”


Fadilat Tahlil


Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bermaksud:


“Seutama-utama zikir ialah Laillahaillallah dan seutama-utama doa ialah Alhamdulillah.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kalimah Laillahaillallah... termasuk dalam persaksian. Iaitu bersaksi dengan dua kalimah syahadah (syahadatain), Rukun Islam yang pertama. Iaitu mengucap dua kalimah syahadah.


Justeru, untuk memelihara dan mengukuhkan jati diri Muslim, individu Muslim wajiblah menggengam dan berpegang teguh dengan syahadah dan akidah Islam. Akidah adalah ibarat akar tunjang. Paksi kepada pohon. Selagi akar tunjang itu hidup subur, selagi itu pohon akan tegak subur. Demikian akidah dan Tauhid seseorang. Selagi syahadah, akidah dan Tauhidnya kukuh, maka insyaa Allah segala amal perbuatannya akan mendapat keredaan Allah Ta'ala.


I – Ilmu


Dasar Ilmu Pengetahuan Mengikut Al-Qur'an: Konsep 'IQRA' Pemangkin Falsafah Pendidikan di Negara Brunei Darussalam


Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dibawa oleh Malaikat Jibril 'alaihissallam ialah Surah al-'Alaq, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:


“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”


Ayat yang lima ini dimulai dengan perkataan 'Iqra' (maksudnya; bacalah olehmu) mengandungi semua erti ilmu, maklumat, budaya, pendidikan dan mengandungi makna perintah, kerana 'Iqra' itu Fi 'l Amr yang membawa erti: diperintahkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu membaca. Dalam makna yang umum juga setiap perintah itu mestilah dilaksanakan.


Dalam Surah ar-Rahman, ayat 1 - 4, Allah Ta'ala berfirman, bermaksud:


“(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an. Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan.”


Menurut Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim (2004), dengan kenyataan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dasar ilmu pengetahuan mengikut Al-Qur'an itu ialah:


i. Manusia itu wajib belajar untuk mengetahui segala kejadian diri manusia dan alam dengan seluas-luasnya dan setinggi-tingginya hingga sampai ke tahap yang sulit dan terperinci dengan menggunakan apa sahaja media dan perantaraan yang boleh dicipta dan diperlukan oleh manusia.


ii. Ilmu itu datang dan bersumber dari Allah dan Allah mencipta manusia, Allah kemudian mengutus rasul untuk menyampaikan ilmu, rasul-rasul pula menyampaikan kepada umat mereka yang kemudiannya akan menyampaikan pula kepada yang lain hingga masa sekarang.


iii. Tanpa ilmu yang bersumberkan dari Allah manusia tidak akan tahu apa-apa tentang hidupnya. Tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia tidak akan sempurna.


Sesungguhnya kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang jahil (tidak berilmu) adalah tidak sama. Perbezaannya banyak disebabkan di dalam nas-nas Al-Qur'an, antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah al-Mujadalah ayat 1l yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu di antara kamu dan orang-orang yeng diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.”


Di dalam Surah az-Zumar ayat 9, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud: “Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu.”


Hadis-hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap umat Islam lelaki dan perempuan”


“Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina”


“Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke Liang Lahad”


Sebab itulah, generasi dan umat Islam mestilah berusaha untuk menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan baik berbentuk fardu ain dan fardu kifayah. Baik yang bersifat duniawi dan ukhrawi sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam barangsiapa yang mahukan dunia mestilah dengan ilmu, siapa yang mahukan akhirat mestilah dengan ilmu dan siapa yang inginkan dunia dan akhirat mestilah juga dengan ilmu.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Mujadalah, ayat 12 bermaksud: “…Dan Allah akan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...”


Cendekiawan selalu berkata: “Ilmu adalah kuasa. Siapa yang ingin berkuasa dan menakluki dunia mestilah berilmu.”


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Zumar, ayat 9 bermaksud:


“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”


Adalah tidak dapat dinafikan lagi bahawa umat Islam dan seluruh manusia di Abad Ke-2l ini, terpaksa mengikut arus zaman. Ledakan ICT telah menjadi tren baru dunia masa kini. Impak positif dan negatif, baik dan buruknya adalah tertakluk kepada tanggapan dan amalan seseorang itu. Jika ia menanggap dan mengambil kebaikan darinya nescaya kebaikan dan kemanfaatan ICT itu yang diperolehinya. Tetapi jika ia menanggap dan mengambil sebaliknya, maka tunggulah kehancurannya.


Oleh itu, umat Islam hari ini mestilah berubah. Iaitu merubah nasib diri mereka. Daripada belenggu penindasan, kehinaan, propaganda, manipulasi, fitnah, 'islamophobia' dan mangsa musuh-musuh Islam.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ra'd ayat 11, bermaksud:


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”


M - Madani


Kefakiran Boleh Membawa Kekufuran

Untuk menguasai dunia, selain ilmu, kuasa ekonomi juga tidak dapat disangkalkan. Dalam era ledakan ICT ini pun, memerlukan ilmu.


Kekuasaan dan super-power atau gergasi ekonomi boleh menguasai dunia. Alhamdulillah, dengan kekuasaan dan rahmat Allah Ta'ala, majoriti wilayah takluk rantau Islam memiliki kekayaan peribumi yang melimpah ruah. Kekayaan minyak mentah dan gas, bumi yang hijau permai, lautan yang kaya dengan industri maritim, udaranya pula nyaman dan biru tanpa pencemaran awan atau hujan acid dan toksik, segalanya adalah rahmat Allah Subhanahu Wata'ala. Justeru, Islam sangat melarang umatnya hidup menderita, melarat dan fana disebabkan kefakiran dan kemiskinan yang membawa bencana.


Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:


“Hampir-hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” (HR Abu Naim)


Kejayaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menubuhkan 'Daulah Islamiyah Madinah al-Munawwarah' dan ummah 'Madani' yang menyaksikan persaudaraan dan silaturahim kaum 'Ansar' dan kaum 'Muhajirin' sungguh unggul dan murni, sewajarnya menjadi 'Qudwah Hassanah' dan 'Role Model' bagi umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.


Semasa berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, Baginda memerintahkan umat Islam membina Masjid dan Pasar. Perintah membina masjid tidak dipersoalkan oleh sahabat dan umat Islam. Tetapi perintah Baginda untuk membina 'Pasar' itu sedikit menimbulkan keraguan dan keresahan di kalangan para sahabat dan umat Islam. Sehingga mereka mengatakan, kenapa hendak membina Pasar? Sedangkan Pasar-pasar kaum Quraish sudah wujud sekian lama dan sinonim dengan pedagang para saudagar tempatan dan luar. Dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terlibat secara langsung serta memahami hakikat itu. Kata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, buat saja. Pasar kita adalah pasar umat Islam. Ala Islam. Tiada riba, penipuan timbangan, manipulasi pasaran ala feudalime dan pemerasan.


Buktinya setelah 'Pasar Model Islam' itu wujud, umat Islam sudah mendiri ekonomi dan tidak lagi takut terhadap 'sekatan dan boikot ekonomi' sebagaimana mereka hadapi semasa mereka berada di Mekah dahulu. Dan akhirat, pasar orang Islam semakin maju dan peniaga-saudagar bukan Islam telah berjual beli dan berurusan dengan peniaga Islam dan pasar Islam. Sebagaimana jolokan diberikan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai 'Tokoh Koprat Al-Amin'.


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam secara khusus telah mengeluarkan hadis tidak kurang 500 semuanya yang membincangkan tentang perdagangan dan perniagaan. Antara yang terpenting ialah hadis yang menjelaskan tentang kedudukan 90% daripada sumber rezeki atau kekayaan itu berada di dalam bidang ini. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Digalakkan atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah 90% daripada rezeki.”


Tindakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebaik sahaja sampai ke bumi Madinah setelah berhijrah dari Mekah adalah mendirikan masjid dan mendirikan pasar. Masjid adalah sebagai pusat ibadat dan pasar pula sebagai pusat perdagangan serta perniagaan. Tindakan serentak Baginda membuktikan bahawa kepentingan perniagaan adalah sama dengan sembahyang itu sendiri.


Kitab Mu'jam al Buldan merupakan kitab yang merakamkan sirah atau perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalamnya dimuatkan dengan panjang lebar dan terperinci berkaitan kegiatan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Para Rasul yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an juga telah memperlihatkan contoh yang terbaik. Mereka merupakan golongan yang paling rajin bekerja dan aktif dalam aktiviti keusahawanan serta perniagaan. Contohnya Nabi Adam alaihissalam merupakan petani, Nabi Nuh alaihissalam ahli perniagaan, Nabi Daud alaihissalam tukang besi, Nabi Musa alaihissalam jurutulis, Nabi Zakaria alaihissalam tukang kayu, Nabi Idris alaihissalam tukang jahit, Nabi Sulaiman alaihissalam pembuat bakul, Nabi Isa alaihissalam tukang tenun dan pencelup kain serta Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam penternak dan ahli perniagaan yang berjaya.

 

Menurut catatan sejarah, sejak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diangkat menjadi Rasul, Mekah telah pun muncul sebagai pusat ibadat dan perdagangan yang terpenting di dunia ketika itu. Memandangkan keadaan alam dan bumi tanah Arab yang kering-kontang tidak sesuai untuk kegiatan ekonomi lain kecuali perdagangan. Sebab itulah bangsa Arab memelihara kepentingan perdagangan antarabangsa ini seperti menatang minyak yang penuh kerana ia merupakan periuk nasi mereka.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Baqarah ayat 278 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” Firman Allah Ta'ala lagi dalam al-Quran 2'. 275) bermaksud: “... Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...”


Kegawatan Ekonomi Bukan Alasan Untuk Hidup Susah dun Miskin


Jika diimbas kembali ristaan sejarah, dunia ini sebenarnya sudah banyak kali mengalami kegawatan ekonomi. Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, umat Islam pernah dikepung dan dipulaukan oleh pihak musuh, sehingga menjadikan ekonomi benar-benar lumpuh dan umat Islam hidup dalam kelaparan. Dalam Al-Qur'an juga ada tercatat peristiwa kemarau panjang di zaman Nabi Yusuf alaihissalam yang berlangsung selama 7 tahun, iaitu suatu mala petaka ekonomi yang sungguh dahsyat lagi mengerikan.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah Yusuf, ayat 47-49 bermaksud: “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa: maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibutirnya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang akan menghabiskan makanan yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur.”


Semuanya menjelaskan tentang kekuasaan Allah SubhanahuWata'ala, untuk kita mengetahui Allah Maha Berkuasa melimpahkan rahmat-Nya dan begitu juga menarik semula nikmat jika dikehendaki-Nya.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Isra' ayat 30 bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya (kepada sesiapa yang Dia kehendaki juga), sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”


Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal adalah dituntut dalam Islam, terutama bagi orang yang mempunyai tanggungan keluarga. Dalam Al-Qur'an al-Karim terdapat banyak ayat yang menganjurkan umat Islam supaya berusaha mencari rezeki yang halal.


Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Qasas ayat 73 bermaksud : “Dan di antara rahmat pemberian-Nya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti), supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur.”


Dalam hadis lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang bermaksud:


“Bahawa engkau meninggalkan waris (keturunan) dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari meninggalkan mereka miskin meminta-minta sedekah dari manusia.”


(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Qasas ayat 77 bermaksud : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”


Ketinggian sesebuah tamadun dan kemajuan sesuatu negara itu diukur dari kemajuan perdagangan dan perniagaannya. Jika perdagangan dan pernragaan meningkat, maka negara tersebut akan mencapai kemajuan yang tinggi dan muncul sebagai negara yang kuat serta berupaya memberi kemakmuran kepada rakyatnya.


“Rezeki Di Tangan Tuhan”


Hakikat rezeki ialah sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ra'd, ayat 26, bermaksud:


“Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yarg ingkar); bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesengsaraan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesengsaraan hari akhirat.”


Apabila anak Adam lahir ke dunia, Allah telah menentukan rezekinya, ajalnya dan kesudahan hidupnya. Proses dan perjalanan hidup manusia di muka bumi ini tertakluk kepada hukum alam yang juga digelar 'sunnatullah'. Demikian dalam soal kehidupan dan rezeki. Ada yang kaya dan ada pula yang miskin. Ada yang hidup senang dan ada pula yang hidup susah. Soal rezeki dan susah senang kehidupan seseorang juga bergantung kepada usahanya. Dengan kata lain, orang yang malas berusaha, sudah tentu Allah akan kurangkan rezekinya yarlg telah ditetapkan kepadanya berdasarkan kepada usahanya. Sebaliknya jika seseorang hamba itu rajin, gigih, titih-lutanan, lebih bekarih tentulah Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya dan akan mengurniakan kebaikan, kebajikan serta kesenangan hidup berbaloi dengan usahanya.


Masa kini, isu kenaikan harga bahan bakar dan kenaikan harga bahan makanan adalah isu global. Masing-masing pemimpin, negara dan bangsa di dunia ini memikir dan mencari resolusi ke arah mengurangkan impak dan kesusahan yang dicetuskan oleh kedua-dua isu dan fenomena tersebut. Ke arah itu semua pemimpin dan negara bersikap berhati-hati dan berjimat cermat dalam mengagihkan kewangan serta perbelanjaan negara. Beberapa subsidi bahan asas dikurangkan untuk menampung inflasi negara bagi manfaat jangka masa panjang. Masyarakat dan rakyat juga sewajarnya bersikap positif ke arah mendukung strategi pihak kerajaan. Iaitu denganmemantau perbelanjaan, berhemat, banyak menabung dari berbelanja boros dan melebihkan produktiviti. Dengan cara inilah sahaja iflasi keluarga, negara dan dunia dapat dipantau dan dikurangkan untuk survival hidup.


Kesimpulannya

Individu Islam dan umat Islam mestilah beriltizam untuk mandiri, memperkasa kehidupan, bersatu padu dan menghayati Islam sepenuhnya serta menjadi 'khalifah' yang rahmatan lil aalamin kepada umat manusia dan dunia sarwajagat. Pendidikan, berpaksikan Al-Qur'an dan al-sunnah adalah wajib dalam memelihara kesejahteraan hidup dan jati diri umah. Kemantapan ekonomi amat penting untuk merealisasikan wawasan pembentukkan umat Islam dan Daulah Islamiah dalam memelihara jati diri Muslim. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud.' “Hampir-hampir kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” (Hadis Riwayat Abu Naim). Pemimpin dan umat Islam mestilah betiltizam tinggi untuk memelihara jati diri dan merubah nasib serta situasi 'negarabangsa', khasnya generasi 'belia' yang semakin 'tersasar daripada landasan negara-umat Islam tulen', untuk benar-benar menjadikan negara Islam dan umat Islam menghayati firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11, bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Attachments