Manage PermissionsManage Permissions

Tracks App guna bahasa pribumi bantu selamatkan spesies haiwan terancam di Australia

29/11/2019




CANBERRA, 29 Nov (Bernama) -- Satu aplikasi telefon pintar yang menggunakan bahasa pribumi berjaya membantu pasukan renjer Australia mengesan spesies haiwan yang kian pupus iaitu masrsupial sejenis binatang mamalia seperti kanggaru, lapor agensi berita Xinhua.

 


Tracks App, yang dibangunkan Atlas of Living Australia (ALA) - anak syarikat Pertubuhan Penyelidikan Sains dan Industri Komanwel (CSIRO), renjer tempatan boleh memasukkan data pengesanan dalam bahasa Warlpiri atau Warramungu - dua bahasa pribumi paling biasa - dan juga bahasa Inggeris.

 


Sejak dilancarkan pada Mac 2018, aplikasi yang turut memenangi anugerah tahunan CSIRO 2019 itu telah digunakan oleh 19 kumpulan renjer untuk mengesan lebih 40 spesies.

 


"Tracks App membolehkan renjer menggunakan bahasa mereka sendiri semasa membuat rekod dan berkongsi data," kata timbalan pengarah ALA Hamish Holewa dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 


"Aplikasi itu mengurangkan halangan teknikal kepada masyarakat Orang Asli yang mengambil bahagian dalam kerja saintifik yang menggunakan bahasa pribumi dan amalan pengesanan tradisional mereka, membolehkan kemahiran itu diwarisi generasi akan datang."

 


ALA merancang untuk memperbanyakkan lagi bahasa supaya 46 kumpulan renjer di kawasan gurun, pedalaman dan terpencil.

 


Attachments