Manage PermissionsManage Permissions

Jualan firma gergasi pertahanan Turki meningkat pada 2019

30/11/2019





ISTANBUL, 30 Nov (Bernama) -- Firma pertahanan utama Turki berhasrat menamatkan tahun ini dengan peningkatan jualan tahunan, kata pengerusi persatuan itu.

 


Haluk Gorgun yang juga ketua gergasi pertahanan Turki, Aselsan yang mencecah jualan sehingga US$1.87 billion pada 2018 berkata, firmanya akan menamatkan 2019 dengan perolehan US$2.9 billion.

 


"Sejumlah besar daripada perolehan ini disumbang daripada eksport manakala harga sekilogram eksport Turki adalah sekitar US$1.5, dengan Aselsan pula US$1,500 setiap kilogram," katanya.

 


Aselsan adalah firma yang aktif dalam produk ketenteraan dan telekomunikasi awam, radar, perang elektronik, pertahanan, senjata, pusat kawalan dan sistem navigasi.

 


Pengurus Besar Turkish Aerospace Industries (TAI),  yang menjadi pemegang taruh utama Yayasan Angkatan Tentera Turki,Temel Kotil pula berkata, ia akan berkembang sebanyak 43 peratus pada 2019.

 


Firma itu akan melabuhkan tirai 2019 dengan perolehan sebanyak US$3.3 bilion dan mahu menggapai 10 syarikat pertahanan utama dunia, katanya.

 


TAI ditubuhkan pada 1973 di bawah naungan Kementerian Teknologi dan Industri bagi mengurangkan pergantungan asing negara itu dalam sektor pertahanan.

 


Syarikat itu menghasilkan pesawat udara, komunikasi satelit, kapal terbang, helikopter dan peralatan serta terbabit dalam projek pemodenan.

-- BERNAMA

 


Attachments