Manage PermissionsManage Permissions

Seramai 1,179 lagi maut di Brazil akibat COVID-19

20/05/2020

RIO DE JANEIRO, 20 Mei. - Angka korban COVID-19 di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut seramai 17,971, kata Kementerian Kesihatan. Agensi berita Sputnik melaporkan sebanyak 17,408 kes baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes 271,628.

 

Rekod sebelum ini menunjukkan jumlah kematian yang dicatatkan pada 12 Mei ialah 881 orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Menurut WHO, jumlah kematian di seluruh dunia kini melebihi 316,000 orang, dengan jumlah kes melepasi 4.7 juta. - ©BERNAMA

 


Attachments