Manage PermissionsManage Permissions

Tentera Libya musnahkan sistem pertahanan udara milik kerajaan di timur

21/05/2020

TRIPOLI, 21 Mei -- Tentera kerajaan Libya yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyerang pasukan yang berpusat di timur Libya dan memusnahkan sejumlah sistem pertahanan udara, lapor agensi berita Xinhua.

 

Jurucakap tentera Mohamed Gonono dalam satu kenyataan berkata enam sistem pertahanan udara buatan Rusia digunakan dalam operasi yang dilancarkan di beberapa kawasan di barat Libya sejak Rabu. Menerusi operasi itu pangkalan udara utama berjaya dirampas semula daripada penguasaan tentera yang setia dengan kerajaan di timur.

 

Sementara itu, tentera yang berpangkalan di timur turut melancarkan serangan terhadap pasukan disokong PBB, berhampiran bandar Gharyan, sekitar 80 kilometer di selatan Tripoli, membunuh puluhan tentera dan memusnahkan lebih 20 kenderaan tentera.

 

Sejak April 2019, kedua-dua pihak saling bertelagah untuk menguasai Tripoli, mengakibatkan ratusan orang awam maut serta cedera dan lebih 150,000 penduduk hilang tempat tinggal. - ©BERNAMA


Attachments