Manage PermissionsManage Permissions

Menteri Kesihatan Bolivia dipecat terbabit skim pembelian ventilator pesakit COVID-19

21/05/2020

LA PAZ, 21 Mei. - Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez, pada Rabu memecat Menteri Kesihatan Marcelo Navajas kerana didakwa terlibat dalam skim pembelian 170 buah ventilator buatan Sepanyol dengan harga yang tinggi untuk pesakit COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Menteri Komunikasi Isabel Fernandez mengumumkan perkara itu kepada media selepas Navajas ditahan polis. Timbalan Menteri Kesihatan Eydi Roca akan memangku tugas Navajas buat sementara.

 

Beberapa lagi pegawai lain yang terlibat turut dipecat, kata Fernandez. Dua orang pegawai ditangkap pada Isnin, termasuk ketua jabatan perundangan Kementerian Kesihatan, Fernando Valenzuela, dan pengarah umum eksekutif AISEM, agensi yang bertanggungjawab mendapatkan peralatan perubatan, Giovani Pacheco. Dua orang penasihat Bank Pembangunan Antara Amerika, yang meluluskan pembelian itu juga turut ditahan pada Rabu. - ©BERNAMA


Attachments