Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 20,000 kes, tertinggi dalam tempoh 24 jam

21/05/2020

JAKARTA, 21 Mei. - Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 20,000 kes dengan berlaku tambahan kes positif baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.

 

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 susulan berlaku tambahan 973 kes baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

 

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.

 

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

 

Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta yang bermula 15 Mac lepas, masih berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini. - ©BERNAMA


Attachments