Manage PermissionsManage Permissions

Tentera iringi kapal tangki minyak Iran menuju ke Venezuela

21/05/2020

MEXICO CITY, 21 Mei. - Kapal tangki minyak Iran yang dalam perjalanan ke Venezuela akan dikawal oleh kapal dan pesawat tentera, kata Menteri Pertahanan Vladimir Padrino Lopez pada Khamis, lapor agensi berita Sputnik.

 

"Kami sudah berhubung dengan Kementerian Pertahanan Iran. Semua kapal yang memasuki zon ekonomi eksklusif Venezuela akan diiringi kapal dan pesawat tentera negara ini dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Iran atas kerjasama yang diberikan," kata Padrino dalam ucapannya yang disiarkan VTV.

 

Akhir minggu lalu dilaporkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menyekat penghantaran minyak Iran ke Venezuela, termasuk merampas kapal dan mengenakan sekatan kepada kru.

 

Berikutan itu, Iran memberi amaran Tehran akan bertindak balas atas sebarang usaha menghalang perjalanan kapal minyak negara itu ke Venezuela. - ©BERNAMA


Attachments